Connect with us

Berita Lain

Bekas PM: Duit RM3.5j di PMO itu Umno yang punya


Datuk Seri Najib Razak mendakwa wang bernilai RM3.5 juta didakwa diambil sekumpulan pengawal keselamatan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada malam pilihan raya umum (PRU) lalu adalah milik Umno.
Kata bekas presiden Umno itu beliau seakan tidak dapat mempercayai bahawa suspek terbabit tergamak mengambil wang berkenaan selepas mereka diamanahkan menjaganya.
“Saya juga membaca laporan-laporan berita bahawa pihak berkuasa mengakui wang RM3.5 juta itu ialah dana PRU Umno yang berada di bekas pejabat saya serta di luar bilik yang selamat di PMO.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau pihak berkuasa tahu itu adalah dana Umno, maka mereka juga tentu tahu bahawa RM114 juga yang disita polis di apartmen dulu datan dari bilik selamat dibina Dr Mahathir (Mohamad) di PMO juga,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Najib yang sudah melepaskan jawatannya dalam Umno kecuali sebagai ketua bahagian Pekan menambah wang tunai yang dirampas itu dipindahkan secara tergesa-gesa dari PMO ke apartmen terbabit sehari selepas PRU sebelum akhirnya diserahkan kepada presiden baru Umno.
Najib memberikan kenyataan itu sebagai reaksi beliau kepada laporan Malaysiakini semalan yang memetik sumber mengenai penangkapan 17 pengawal keselamatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam laporan eksklusif itu Malaysiakini mendedahkan, pengawal keselamatan terbabit ditugaskan mengawasi bangunan utama menempatkan PMO di Putrajaya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun mereka disyaki melarikan wang berkenaan selepas mengetahui BN kalah.
Suspek yang berusia antara 31 dan 51 tahun kini ditahan reman oleh SPRM. Agensi antirasuah itu juga merampas lebih RM800,000 daripada mereka.
Sementara itu dalam kenyataan sama Najib menggesa pihak berkuasa memberikan perbicaraan yang adil ke atas suspek terbabit.
Tidak ketinggalan Najib meminta supaya pihak berkuasa memulangkan semula dana bernilai RM3.5 juta bersama RM114 juta terdahulu kepada Umno.
“Ada banyak bil dan komitmen yang perlu yang dilakukan ke atas 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri semasa PRU ke-14 lalu yang perlu dilunaskan.
“Memandangkan saya tidak lagi mempunyai akses kepada beberapa pejabat saya, saya tidak pasti mengapa RM3.5 juta itu tidak disimpan dalam peti besi bersama dana lain, tetapi saya percaya ia mungkin sumbangan untuk kempen yang lewat dihantar,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel