Connect with us

Berita Lain

Beri layanan adil pada Sabah, Sarawak



SHAH ALAM – Rakyat Sabah dan Sarawak pasti mahu melihat semangat dan aspirasi di sebalik Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat ditunaikan kerajaan dalam mengembalikan hak kedua-dua negeri itu berteraskan perjanjian tersebut.


Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, paling penting, segala hak dan autonomi yang sudah terhakis selama ini dikembalikan sesuai dengan semangat Malaysia baharu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Katanya, kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh melayan Sabah dan Sarawak sebagai anak tiri atau tidak memberi layanan yang adil kepada kedua-dua negeri berkenaan.


“Mereka harus melayan Sabah dan Sarawak dengan adil dan tidak boleh lagi menggunakan pendekatan BN terhadap negeri-negeri yang ditadbir pembangkan sebelum ini seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.


“Kita hendak lihat mereka betul-betul menterjemahkan semangat demokrasi itu sebaik mungkin sesuai dengan harapan baharu untuk rakyat. Jika tidak, ia boleh menjejaskan integrasi nasional dan pembinaan negara bangsa,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas tentang manifesto PH mengembalikan hak Sabah dan Sarawak berteraskan MA63.


Jeniri berkata, walaupun kerajaan dalam proses menubuhkan Jawatan Kuasa Khas Kabinet untuk menyemak dan menyelaraskan MA63, namun sehingga kini masih belum banyak perkembangan.


“Penubuhan jawatan kuasa ini satu langkah yang baik dan sekurang-kurangnya kerajaan sudah tepati salah satu daripada 10 janjinya (selama 100 hari pentadbiran).


“Namun, apa yang hendak dilihat Sabah dan Sarawak ialah janji-janji lain juga termasuk bagaimana kerajaan dapat wujudkan 200,000 peluang pekerjaan dengan pendapatan minimum RM2,500 sebulan dalam tempoh lima tahun ini,” katanya.


Berdasarkan perincian dilakukannya, beliau berkata. PH mempunyai sekitar 30 janji yang perlu ditunaikan untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.


“Ia amat mencabar dan bukan mudah (dilaksanakan). Perlu betul-betul komited untuk dilihat supata rakyat betul-betul dapat memberi sokongan terhadap PH. Jika tidak, ia akan dilihat sebagai satu janji untuk cuba menambat hati rakyat.


“Apa pun, kita perlu beri peluang kepada kerajaan dalam tempoh lima tahun ini untuk menyelesaikan segala masalah berkaitan struktur ekonomi, mengurangkan kadar kemiskinan, meningkatkan kualiti hidup rakyat di sini dan pendidikan dan royalti minyak,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bagi merealisasikan semua janji kerajaan itu, katanya, ia bergantung kepada komitmen dan keikhlasan mereka, bukannya hanya berpolitik semata-mata.


“Kalau mereka hanya hendak berpolitik untuk mendapatkan kuasa dan sebagainya, maka ia sukar dilaksanakan.


“Untuk menepati semua janjinya termasuk MA63 itu dan aspirasi rakyat, politik perlu diketepikan dan melipatgandakan usaha untuk merapatkan jurang dari segi pembangunan dan fisiologi rakyat,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel