Connect with us

Berita Lain

Bicara kes saman menteri terhadap Jamal 20 September



KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan dua hari bermula 20 September ini untuk perbicaraan kes saman difailkan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).


Peguam K. Murali memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Peguam itu berkata pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini masih lagi berunding untuk menyelesaikan kes saman berkenaan namun sekiranya gagal, perbicaraan akan didengar pada 20 dan 21 September.


Pada 14 Jun 2017, Bee Yin selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap Jamal selaku defendan bagi menuntut ganti rugi RM5 juta atas dakwaan defendan mengeluarkan pernyataan berbaur fitnah terhadap plaintif berhubung penyalahgunaan dana Yawas.


Dalam pernyataan tuntutan, Ahli Parlimen Bakri, Johor itu mendakwa pihak defendan telah mengeluarkan pernyataan berbaur fitnah pada 21 Mac 2017 dan kenyataan tersebut telah disiarkan oleh beberapa akhbar dan portal berita serta turut diterbitkan dalam laman sosial Facebook milik Jamal.


Bee Yin mendakwa kenyataan itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam untuk kegunaan peribadi dan merupakan seseorang yang tidak mempunyai etika serta tidak boleh dipercayai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Selain ganti rugi am sebanyak RM5 juta, plaintif turut memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya mengulangi pernyataan tersebut.- Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel