Connect with us

Berita Lain

BN kena tukar strategi: Jamal



AMPANG – Umno dan BN harus menukar strategi khususnya cara parti itu berkempen dalam usaha menambat semula hati rakyat.


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos berkata, ‘post mortem’ dan kajian yang mendalam perlu dilaksanakan kerana rakyat masih yakin kepada PH susulan kemenangan pada PRK Sungai Kandis, walaupun sebahagian janji PH pada PRU 14 masih belum tertunai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Pelbagai kecaman terhadap PH, termasuk tuduhan PH akan menjadi golongan ‘munafik’ jika kerajaan baru itu gagal menunaikan janji, namun mereka masih berjaya dalam PRK lalu,” katanya.


Jamal berkata, beliau melihat sudut yang lain, bahawa strategi yang telah dilakukan, perkampungan Umno Bahagian, BN seluruh Negara di Dun Sungai Kandis, tetapi calon BN, Datuk Lokman Noor Adam  hanya berupaya memperoleh 9,585 undi.


“Ia merupakan signal awal, walaupun kita berpendapat  ramai yang tidak keluar mengundi termasuk segelintir penyokong asal PH, bagi saya itu bukan satu isu, cara BN berkempen perlu diubah,” katanya.


Beliau menyarankan gerak kerja Umno dan BN juga perlu berubah dan mengkaji strategi lain.


“Saya melihat cara berkempen dan kaedah yang sama seperti sebelum ini, rakyat mahu melihat sesuatu yang kelainan daripada parti pembangkang yang boleh mereka memanfaatkan.


“Kaedah dan cara harus diperhalusi supaya masyarakat dan rakyat yakin bahawa BN dan Umno merupakan parti yang terbaik, baru kita akan mendapat sokongan,” katanya,


Dalam perkembangan berasingan, Jamal menegaskan sebagai ahli politik sejati tiada istilah merajuk dan kecewa dalam hidupnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Orang politik tidak akan mempunyai perasan itu jika sedar daripada awal dengan budaya dalam dunia politik. Ia adalah normal apabila ahli politik dipinggirkan apabila tiada kuasa dan dihimpit jika memegang jawatan besar.


“Saya akan terus memperkukuh ahli Umno di bahagian saya dengan roh dan semangat Umno agar mereka tidak meninggalkan parti ketika parti tidak berkuasa,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel