Connect with us

Berita Lain

Dr Asri sekali lagi ajak Siti Kasim berdialog isu LGBT



Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sekali lagi mempelawa peguam sensasi, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim untuk berdialog secara terbuka berkaitan isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).


Mohd Asri berkata, sebelum ini Siti Kasim pernah dijemput untuk majlis dialog terbuka berkaitan isu Islam di Malaysia tetapi ditolak dengan pelbagai alasan, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Kali ini Mohd Asri berkata, Siti Kasim wajar dipelawa sekali lagi untuk berdialog berkenaan LGBT memandangkan suaranya lantang dalam isu berkenaan.

“Hari ini beliau bising lagi pasal LBGT, seakan-akan undi beliau dan golongan LGBT sahaja yang menyebabkan kerajaan hari ini memerintah. Sangat tidak matang cara bahasa dan gaya yang dipertontonkan.

“Apatah lagi jika mahu diukur dari nilai budaya Timur dan Nusantara kita yang santun dan berbudi bahasa. Sangat janggal. Bimbang jika watak seperti itu dilihat oleh anak-anak kita yang masih mentah,” katanya melalui kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Mohd Asri berkata, beliau membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang bersedia untuk menjadi penganjur bagi dialog bersama Siti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Jika tiada, Mohd Asri menegaskan, Perlis akan menjemput beliau untuk dialog tersebut secara terbuka dan adil.

“Saya harap ada pihak yang boleh menganjurkan dialog itu. Saya percaya, terdapat ramai tokoh ataupun aktivis masyarakat yang boleh dipilih untuk mewakili suara majoriti rakyat yang tidak menerima LGBT,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel