Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir dapat betulkan kelemahan Khazanah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah (kiri) bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd yang baharu, dapat membetulkan
segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan syarikat itu, menurut Persatuan
Pedagang Asean.
Presidennya Datuk Moehamad Izat Emir berkata pelantikan
Perdana Menteri itu juga berupaya memulihkan kembali dengan segera prestasi
perniagaan dengan bijak dan mantap dalam melaksanakan arah tuju dan objektifnya
untuk memenuhi hasrat dan harapan rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Antara langkah yang saya yakin akan diperbetulkan dan
dipertingkatkan ialah membersihkan semua aspek ketirisan dan proses yang lebih
teratur, bermakna dan adil.
“Langkah ini supaya tiada pilih kasih dan kepentingan diri
oleh mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan memimpin syarikat milik
kerajaan (GLC) untuk menjayakan industri dalam negeri supaya lebih maju dan
bergerak pantas bertaraf antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Dr Mahathir akan memainkan peranan utama
membantu peniaga kecil khususnya Melayu dan Bumiputera.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya pelantikan Perdana Menteri itu juga secara tidak
langsung akan menanam semangat baharu untuk bekerjasama dengan dasar baharu
kerajaan.
“Saya termasuk seluruh barisan jawatankuasa sebulat suara
menyokong penuh pelantikan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah
Khazanah yang baharu,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel