Connect with us

Berita Lain

Dua marina jadi gajah putih, kerajaan rugi RM61 juta

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 mendedahkan dua
marina yang dibina kerajaan sebelum ini tidak beroperasi. – Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Terdapat pembaziran wang awam RM61.55
juta apabila dua marina yang dibina kerajaan sebelum ini tidak beroperasi
setelah siap dibina dan tidak pernah dikunjungi pelayar, menurut Laporan Ketua
Audit Negara 2017 Siri 1.
Menurut laporan itu, marina Kuala Kedah tidak pernah
beroperasi sejak siap dibina pada 2003 manakala marina Pulau Mentagor di Perak
tidak mencatatkan sebarang kemasukan kapal layar sejak mula beroperasi pada
2010.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dua lagi marina awam iaitu di Muar, Johor dan Tanjong City
Marina di Pulau Pinang pula didapati menghentikan operasi apabila mengalami
kerosakan serius pada struktur pontun manakala marina Tanjung Gemok di Pahang
yang berhenti operasi telah diserahkan untuk kegunaan Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM).
Kesemua marina awam yang dinyatakan adalah antara 11 projek
marina awam di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia
Kesembilan yang menelan belanja keseluruhan RM323.16 juta.
Laporan itu berkata kelemahan dalam perancangan penyediaan
infrastruktur bagi pendaratan kapal rekreasi merupakan antara punca kegagalan
mencapai objektif keseluruhan pembinaan marina awam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, tiada perancangan promosi yang komprehensif juga
menyebabkan marina awam tidak dapat diperkenalkan kepada komuniti pelayar
suluruh dunia.
Pasukan audit turut mengesyorkan supaya Kementerian
Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Jabatan Laut
Malaysia (JLM) menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman bagi menyiasat isu-isu
yang menjurus kepada kecuaian penjawat awam.
Ketiga-tiga badan berkepentingan itu juga perlu mengkaji
serta membuat keputusan mengenai hala tuju baharu marina awam dan merancang
sumber kewangan, sumber manusia, penyenggaraan dan aktiviti promosi. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel