Connect with us

Berita Lain

Kapal layar mewah milik Jho Low tiba di Batam



PETALING JAYA: Kapal layar mewah Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) yang dikatakan milik ahli perniagaan yang dibur Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, tiba di Pulau Batam.


Sumber berkata kapal layar itu berlayar di sepanjang Selat Singapura menuju ke pelabuhan Batu Ampar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Namun kapal layar itu tidak menuju pelabuhan seperti yang dijadualkan.


Sebaliknya, ia berlabuh dekat rumah api Pulau Nong di pintu masuk Tering Bay kira-kira pukul 9.30 pagi, kata sumber kepada The Star.


“Kapal itu akan berlabuh di Batam, menunggu arahan lanjut dari Jakarta apabila ia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia,” katanya.


The Star melaporkan kapal layar mewah itu meninggalkan pelabuhan Tanjung Benoa di Bali pada Khamis menuju ke Batam.


Pada Februari lalu, kapal itu disita atas arahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan Jabatan Kehakiman (DoJ) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Namun kapal itu tidak dibenarkan meninggalkan pelabuhan Tanjung Benoa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pada Julai, pihak berkuasa Indonesia menyita semula kapal layar itu susulan permintaan rasmi untuk bantuan undang-undang daripada pihak berkuasa AS.


Reuters melaporkan keputusan menyerahkan kapal layar itu ke Malaysia dicapai berikutan permintaan peribadi yang dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa lawatan ke Indonesia, Jun lalu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel