Connect with us

Berita Lain

Kotor: Kedai ikan bakar popular antara diarah tutup dua minggu



KEPALA BATAS: Empat kilang memproses produk makanan dan sebuah kedai ikan bakar popular di sini diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati ia berada pada tahap kebersihan tidak memuaskan.


Menerusi Op Pulau Pinang Sihat itu, semua premis berkenaan diarah tutup selama dua minggu bermula Isnin bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata, arahan penutupan itu dibuat selepas menemui najis tikus dan lipas berhampiran bahan mentah menyebabkan premis berkenaan tercemar.


“Dua kilang berkenaan memproses laksa dan kuay teow di Lahar Kepar serta masing-masing satu kilang roti di pekan ini dan kilang memproses kacang soya di Sungai Puyu, Butterworth.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Selain itu, sebuah kedai ikan bakar yang terkemuka di sini juga diarah tutup kerana didapati kotor,” katanya.


Beliau berkata, empat kilang dan kedai makan itu ditutup selaras dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel