Connect with us

Berita Lain

Malaysia akan buktikan pesawat Jho Low beli dengan wang curi

Tun Dr. Mahathir Mohamad – Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR – Malaysia akan berusaha membuktikan pesawat
peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, atau Jho
Low, dibeli dengan duit yang dicuri dari negara ini.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara
itu penting sebelum pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini.
“Kita kena buktikan bahawa wang yang digunakan untuk
membeli jet itu adalah wang yang dicuri.
“Kalau dia (Jho Low) mencuri wang dari Malaysia, maka
jet itu adalah milik kita, sama seperti bot (Equanimity),” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan hospital pakar jantung Cardiac Vascular Sentral
Kuala Lumpur (CVSKL)  di sini hari ini.
Sebelum ini, Mahathir berkata, Malaysia sedang berbincang
dengan Singapura untuk membawa pulang pesawat peribadi itu. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel