Connect with us

Berita Lain

MP BN sokong siasatan 1MDB dibuka semula

Usul oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar Jabatan
Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Awan (PAC) membuka siasatan 1MDB semula
diluluskan secara sebulat suara oleh Dewan Rakyat.
Ini termasuklah dari kalangan anggota parlimen BN yang pada
sesi parlimen sebelum ini tidak bersetuju perbahasan atau soalan berhubung
skandal itu dibangkitkan.
Usul itu dibawa oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang
menekankan siasatan berkenaan akan memberi penyelesaian akhir buat negara.
Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang membahaskan usul
berkenaan menyatakan sokongannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya ingin rakam terima kasih kepada kerajaan dan
menteri kerana membawa usul ini.
“Kita hanya berminat cari kebenaran. Kita tidak harus
melindungi atau sembunyikan apa-apa. Sekiranya kita berbuat demikian kita
bercanggah dengan sumpah dan ikrar dilafazkan setiap awal penggal,”
katanya.
Annuar malah menggesa kerajaan agar mempercepatkan siasatan
berkenaan.
“Belum ada lagi dakwaan khusus berhubung 1MDB, kita
masih berpolemik.
“Saya sokong usul ini dan saya harap kerajaan
segerakan. PAC nanti kalau boleh buat terbuka, saya sokong agar semua rakyat
melihat dan mengikutinya,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pangkalan Chepa)
juga menyuarakan sokongannya.
“Saya ingin nyatakan PAS sangat mengalu-alukan dan
sokong usul yang dibentangkan menteri kewangan kerana ia melibatkan kepentingan
awam,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Ahmad Marzuk juga bertanya status siasatan diraja (RCI)
skandal forex namun SPeaker Datuk Mohamad Ariff Yusof menyifatkan ia di luar
topik perbincangan.
Lim, dalam ucapan penggulungannya berterima kasih kepada
semua anggota parlimen yang memberi sokongan sebulat suara.
“Saya hargai sokongan daripada semua anggota parlimen
walaupun parti berlainan, akhirnya kita sebulat suara bersetuju tentang isu ini
yang sebelum ini ini tidak dipersetujui oleh pihak sebelah sana (BN) dan saya
berterima kasih kepada rakyat kerana memilih perubahan,” katanya.
Terdahulu, Wong Kah Woh (HARAPAN-Ipoh Timur) mencadangkan
agar speaker Dewan Rakyat menggunakan kuasanya untuk menggantung peraturan
mesyuarat 85 yang menghalang prosiding PAC untuk dibuka kepada umum sebelum
penerbitan laporan itu.
Mohamad Ariff bagaimanapun mencadangkan bahawa PAC yang baru
mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan secara rasmi untuk mengemukakan
perkara itu kepada Dewan Rakyat.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel