Connect with us

Berita Lain

Mujahid nafi keluarkan arahan pertukaran Zamihan dari KDN ke Jakim

Foto: Kosmo


SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr
Mujahid Yusuf Rawa menafikan telah mengeluarkan arahan perpindahan pendakwah,
Zamihan Mat Zin dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim).
“Saya tidak tahu kerana tiada arahan sebegitu daripada
saya, itu adalah urusan antara kementerian,” katanya kepada media sebaik
tiba di KLIA selepas pulang mengerjakan haji di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada Khamis lepas, Zamihan mendakwa selepas Mujahid dilantik
sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengetuai Jakim, beliau diarah
pindah dari KDN ke Jakim dalam masa 24 jam.
Zamihan juga menyangkal dakwaan bahawa KDN menamatkan
kontrak beliau sebagai pegawai deradikalisasi di kementerian itu.
Zamihan berkata beliau tidak pernah dimaklumkan perkara itu,
selain menegaskan akan mematuhi terma kontrak sebagai pegawai berkenaan yang
dipersetujui selama dua tahun dan tamat pada Jun 2019.
Beliau  dipindahkan
dari KDN ke Jakim pada Jun lepas. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel