Connect with us

Berita Lain

PM: Bila rakyat kaya, k’jaan pun kaya kutip cukai


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan
berhasrat membangunkan negara dengan menumpukan kepada agenda ‘memperkayakan
rakyat’ melalui pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN)
berkata, ini bagi mendidik rakyat agar lebih berdikari dan cekap untuk menjana
pendapatan sendiri melalui perniagaan sekaligus membantu meningkatkan ekonomi
negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bila rakyat kaya, kerajaan juga akan kaya kerana kita akan
pungut hasil cukai daripada rakyat… kalau rakyat miskin kita pun tak boleh
kutip cukai, ​​​sebab itu kita akan didik orang kita cekap berniaga dan boleh
memegang apa juga jawatan,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Malaysia
Baharu di Dataran Stargate di Alor Setar, malam ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden
HARAPAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz
Tun Dr Mahathir.
Sehubungan itu Dr Mahathir berkata kerajaan akan berusaha
sedaya upaya memberikan modal pinjaman kepada mereka yang berminat untuk
menjalankan perniagaan dengan syarat ia haruslah dibayar semula kepada pihak
yang memberikan pinjaman.

“Ada orang kata duit pinjam tidak payah bayar balik, itu
tidak akan membangunkan negara… wang kita pinjam kita akan kembalikan kepada
mereka yang memberi pinjaman,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, Dr Mahathir
turut menasihatkan rakyat supaya lebih bijak agar tidak tersilap dalam memilih
pemimpin negara.
“Kita percaya demokrasi memberikan hak kepada rakyat (untuk
memilih pemimpin), tapi rakyat mesti bijak; kalau terima apa saja dibuat oleh
pemimpin maka rakyat akan dapat pemimpin penyangak,” katanya.
Perdana menteri turut meminta rakyat agar memberikan lebih
banyak masa kepada kerajaan HARAPAN untuk memulihkan negara yang disifatkan
beliau telah rosak kerana kerakusan kerajaan terdahulu.
Program dihadiri lebih 1,000 orang itu merupakan jelajah
pertama HARAPAN selepas membentuk kerajaan Mei lalu.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel