Connect with us

Berita Lain

Projek libat penyertaan asing hanya untung orang luar, kata menteri


Projek infrastruktur mega membabitkan penyertaan pihak asing
dan membebankan kewangan negara hanya memberi keuntungan kepada orang luar,
bukannya peniaga serta rakyat tempatan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya, status projek berkenaan dibincangkan pada mesyuarat
pembangunan fiskal negara pagi tadi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini sedang kita semak. Ada yang mungkin batal. Ada yang
akan ditangguhkan sehinga ekonomi negara pulih,” katanya dalam wawancara di
TV1, malam tadi.
Bagaimanapun tegasnya, projek yang “people
centric” (berasaskan rakyat) akan diteruskan seperti pembinaan jalan raya,
jambatan dan bekalan elektrik.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang mengkaji
sama ada menangguhkan atau mencari kaedah lain untuk melaksanakan Projek
Landasan Rel Pantai Timur (ECRL).
Bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) pula,
perbincangan antara Singapura dan Malaysia untuk menangguhkannya sedang
berjalan.
Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin berkata, peranan
sesetengah agensi harus diteliti atau disemak semula kerana sudah terpesong
daripada agenda asal penubuhannya.
“Apa yang berlaku ialah, pengurusan menjadi lebih berminat
dengan perkara lain sehingga matlamat mereka tidak sampai kepada kumpulan
sasar,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tambahnya lagi, menyemak semula adalah penting untuk
mengurangkan kos operasi yang menelan belanja besar.
Dalam wawancara itu, beliau juga berkata, jurang antara
golongan elit Bumiputera dengan kumpulan B40 harus dirapatkan.
Katanya, menurut perangkaan tahun 2014, pendapatan individu
antara kaum adalah hampir sama iaitu satu per tiga daripada keluaran dalam
negara kasar.
Namun, pendapatan bagi T20 golongan Bumiputera ialah 2.5 kali
ganda daripada golongan B40.
“Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan mewujudkan
persekitaran yang tidak kondusif,” katanya.
Wawancara itu turut membincangkan mengenai Kongres Masa
Depan Bumiputera dan Negara yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
(KLCC) pada Sabtu ini yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri dan dijangka
dihadiri 2,000 pihak berkepentingan ekonomi Bumiputera.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel