Connect with us

Berita Lain

SPRM tahan empat pegawai MAHB



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai di Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) semalam kerana disyaki meminta dan menerima suapan secara bulanan antara RM500 sehingga RM10,000.


Difahamkan suapan itu sebagai dorongan untuk menyokong, meluluskan dan memperbaharui permohonan sewaan tapak perniagaan di lapangan terbang seluruh negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut sumber, keempat-empat individu tersebut ditahan secara berasingan di Pejabat SPRM Selangor dan Pejabat Pengurusan di MAHB Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.


“Pengurus berusia 50 tahun tersebut ditahan pada  jam 1.15 tengah hari di Pejabat SPRM Selangor kerana dipercayai meminta dan menerima suapan secara bulanan antara RM500 hingga RM10,000 daripada sebuah syarikat barangan kemas pada tahun 2006 hingga 2014.


“Suapan itu sebagai dorongan untuk meluluskan dan memperbaharui permohonan sewaan tapak perniagaan di lapangan terbang di seluruh negara,” katanya.


Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal, duit sewaan tapak yang dibayar secara bulanan itu dipercayai tidak dimasukkan ke akaun MAHB sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dengan jumlah nilai anggaran sebanyak RM90,000.


“Suspek turut dipercayai meminta dan menerima suapan daripada beberapa buah syarikat lagi untuk tujuan sama dan pengurus syarikat-syarikat terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.


Manakala, pegawai eksekutif yang berusia 59 tahun ditahan di pejabat pengurusan syarikat tersebut pada jam 2.20 petang kerana dipercayai menerima suapan antara RM500 hingga RM2,000 antara tahun 2011 hingga 2014.


“Suapan juga sebagai balasan untuk menyokong atau mencadangkan sewaan tapak perniagaan syarikat barangan kemas terbabit di kawasan ruang legar di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jumlah diterima berjumlah RM17,500,” katanya.


Sementara itu di Sabah dan Labuan, dua lagi pegawai eksekutif yang berusia 56 dan 55 tahun turut ditahan kerana disyaki turut terlibat meminta dan menerima suapan masing-masing dianggarkan berjumlah RM36,500 dan RM500.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sehubungan itu, keempat-empat suspek tersebut masing-masing akan direman di Mahkamah Shah Alam,  Mahkamah Georgetown, Kota Kinabalu dan Labuan pagi ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel