Connect with us

Berita Lain

SST tetap laksana 1 Sept, tiada kelewatan – Guan Eng


Kerajaan tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September bagi mengelak akaun semasa
negara mengalami defisit, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, negara akan mengalami kekurangan hasil
sebanyak RM4 bilion jika SST tidak dilaksana dan ini akan memberi kesan yang
besar kepada prestasi ekonomi kerajaan.
“Sekiranya kita tidak melakukannya, tidak ada
pendapatan untuk membiayai perbelanjaan operasi seperti membayar gaji
kakitangan kerajaan atau penyelenggaraan bangunan,” katanya semasa
taklimat mengenai SST untuk media di Putrajaya, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Walaupun kerajaan menghadapi beberapa masalah dalam
melaksanakan rejim cukai baharu itu, Lim memberi jaminan bahawa isu terbabit
akan dapat diselesaikan.
Lim berkata, kerajaan berharap inflasi tidak akan melebihi
dua peratus berikutan pelaksanaan rejim cukai tersebut.
“Tahun lalu, kadar inflasi kita berada pada 3.7
peratus, Tahun ini, kita gembira dengan dua peratus,” katanya.
Bank Negara Malaysia sebelum ini mengunjurkan tahap inflasi
akan memurata antara dua dan tiga peratus.
Memandangkan jangkaan kutipan daripada SST dianggarkan RM21
bilion untuk setahun penuh, manakala hasil daripada GST dijangka menjana RM42
bilion, Lim berkata, kekurangan itu akan ditampung oleh pendapatan lebih tinggi
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Khazanah Nasional Bhd, di samping
mengkaji semula beberapa projek mega.
“Harga minyak telah melonjak kepada sekitar US$77
setong. Ini akan memberi kita lebih banyak pendapatan buat masa ini,”
katanya.
Minyak mentah Brent hari ini berada pada US$77.73 setong.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja
Malaysia, Datuk T. Subromaniam berkata, barangan yang dibeli semasa tempoh
bebas cukai akan tetap dikenakan cukai jika ia diserahkan selepas pelaksanaan
semula SST.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ia selaras dengan undang-undang, apabila sesuatu
perkhidmatan diberi selepas tarikh pelaksanaan (1 September) akan tertakluk
kepada cukai, katanya, sambil menambah, “Ia tidak percuma kerana ia telah
dinyatakan dalam undang-undang tersebut.”
Subromaniam mengulas mengenai rebat tunai dan diskaun yang
ditawarkan pelbagai syarikat semasa tempoh bebas cukai, menarik pengguna untuk
mengambil kesempatan untuk membeli barangan mahal seperti kereta.
Menegaskan bahawa cukai hanyalah satu daripada komponen yang
mempengaruhi harga, beliau berkata, terdapat banyak faktor penentu yang lain.
“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi memantau harga selepas pelaksanaan SST
Sabtu ini,” katanya.
Hanya 38 peratus barangan indeks harga pengguna akan
dikenakan cukai di bawah SST berbanding 60 peratus di bawah GST.
Di bawah SST, 85 peratus perniagaan, terutama perusahaan
kecil dan sederhana, akan terkeluar daripada jaringan cukai, manakala ambang
jualan tahunan untuk kelayakan mendaftar bagi cukai jualan akan dinaikkan
kepada RM500,000.
Setakat ini 79,996 perniagaan telah berdaftar dengan Jabatan
Kastam melalui Sistem Pemindahan Auto daripada MyGST kepada MySST.
– Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel