Connect with us

Berita Lain

Sukan Asia: Malaysia kejutkan Korea Selatan 2-1, mara pusingan kedua



BANDUNG, 17 Ogos — Malaysia mengejutkan pasukan pilihan Korea Selatan dalam saingan bola sepak lelaki Sukan Asia 2018 dengan kemenangan 2-1 di sini, malam ini.


Dalam aksi Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat tersebut, Malaysia nyata tidak gentar berhadapan pasukan memiliki reputasi tinggi itu apabila mendahului pada minit keempat, hasil jaringan Muhammad Safawi Rasid.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Korea Selatan yang membariskan pemain beraksi pada Piala Dunia 2018, Hwang Hee-Chan, banyak melakukan serangan namun gagal membolosi gawang Malaysia, sebaliknya Muhammad Safawi sekali lagi bertindak cemerlang menggegarkan gawang Korea Selatan pada minit ke-45.
Tersentak apabila ketinggalan dua gol, Korea Selatan menurunkan seorang lagi pemain skuad Piala Dunia 2018 yang juga pemain kelab Tottenham Hotspur, Son Heung-Min menggantikan Kim Jungmin pada minit ke-56.
Pemain Korea Selatan terus mengganas melancarkan serangan, namun penjaga gol skuad Bawah 23 tahun Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli tetap kebal mempertahankan gawang sebelum akhirnya dibolosi pada minit ke-87 melalui jaringan Hwang Ui Jo.
Menerusi kemenangan itu, skuad muda Malaysia kini mendahului Kumpulan E dengan mengumpul enam mata, sekali gus layak ke pusingan kedua.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu sebelum ini, mencatat kemenangan pertama menewaskan Kyrgzstan 3-1, dua hari lepas.
Korea Selatan masih di kedudukan kedua kumpulan dengan kutipan tiga mata, manakala Kyrgyzstan dan Bahrain masing-masing mengumpul satu mata selepas seri 2-2 pada aksi kedua kumpulan hari ini.
Bahrain tewas 0-6 kepada Korea Selatan pada aksi pertama, dua hari lepas.
Malaysia dijadual bertemu Bahrain pada perlawanan terakhir kumpulan, 20 Ogos ini. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel