Connect with us

Berita Lain

‘Tiada ikrar import 44 barang kemas dihantar kepada Rosmah’

Datin Seri Rosmah Mansor – Foto: Reuters

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pengikraran import dibuat
kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkaitan penghantaran 44 barang kemas
yang dikaitkan dengan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,
kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Melalui semakan ke atas rekod yang ada di bawah sistem
maklumat kastam bagi tempoh 7 tahun selaras tempoh penyimpanan rekod, didapati
tiada pengikraran import dibuat ke atas barangan tersebut,” katanya ketika
menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi
kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Lim, ia merupakan satu kesalahan sekiranya tiada
pengikraran import dibuat dan boleh dikenakan tindakan, termasuk rampasan.
“Sekiranya siasatan polis tidak dapat mengaitkan konsainan
tersebut dengan apa-apa kesalahan, pihak kastam boleh mengaitkan isu ini di
bawah Akta Kastam 1967 kerana ia merupakan satu kesalahan dan mengundang
pelbagai tindakan, termasuk rampasan,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, sebuah syarikat pemborong barang kemas
di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah bagi menuntut beliau memulangkan
barang kemas tersebut yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar
AS$14.79 juta (RM59.831 juta).
Bagaimanapun, Rosmah dalam pernyataan pembelaannya yang
difailkan pada 23 Julai lalu menafikan beliau membeli barang kemas itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Barang kemas itu adalah antara wang, barang kemas, beg
tangan mewah, jam mewah dan cermin mata hitam mewah bernilai anggaran RM1.1
bilion, yang dirampas dari premis dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak,
bulan lepas.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel