Connect with us

Berita Lain

Tindakan dangkal label anak muda macai



JOHOR BAHRU – Penglibatan anak muda dalam politik tidak seharusnya dilabel ‘macai’ sebaliknya perlu diberikan galakan kerana golongan itulah yang bakal meneruskan variasi landskap politik negara di masa hadapan.


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sembrong, Hafiz Ariffin berkata, ia berikutan hasrat memilih parti itu adalah sesuatu kebebasan yang mana penting dalam proses demokrasi tanah air.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Penglabelan ‘macai’ kepada orang muda yang menyokong atau terlibat dalam politik adalah suatu tindakan yang dangkal dan tidak berjiwa besar.


“Sebaliknya, keberanian mereka untuk memilih parti politik yang mana wajar untuk mereka berjuang bersama adalah sesuatu yang perlu dipuji dan diberikan galakan, kerana merekalah suatu ketika nanti akan mengisi dan mewarnai lanskap politik masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.


Hafiz berkata, perkara itu juga sama berlaku kepada orang muda yang memimpin persatuan belia tetapi dengan pegangan politik yang kuat.


Katanya, tidak seharusnya persatuan mereka itu dilabelkan ‘pro’ kepada parti politik yang disokong pemimpin muda mereka kerana setiap ahli persatuan bebas memilih parti politik mereka sendiri.


“Orang yang memimpin persatuan belia dan mempunyai tahap kecenderungan terhadap sesuatu parti politik tidak boleh dilabelkan bahawa keseluruhan persatuan itu akan menyokong parti politik yang didokongi oleh pemimpin persatuan belia tersebut.


”Sebagai contoh, saya sendiri pernah bersama dalam kepimpinan belia salah satunya adalah Majlis Belia Malaysia, ramai di antara mereka yang mempunyai kepercayaan dan pilihan parti politik yang berbeza.


“Namun ia tidak membataskan organisasi itu untuk terus memenuhi fungsi utama iaitu menyuarakan dan memperjuangkan kehendak keperluan belia semasa dan sebagai suara ketiga dalam menegur kerajaan sedia ada,” katanya.


Ujarnya, semangat aktivis dan berorganisasi dalam persatuan adalah sesuatu yang lebih besar serta luas daripada kecenderungan memilih parti politik.


“Sebab itulah mereka yang lahir dari kilang persatuan belia kebanyakannya  mempunyai kefahaman, kematangan, keberanian dan keupayaan untuk memimpin apabila mereka tamat usia belia dan menjadi pemimpin kepada masyarakt. Contoh yang cukup ramai, tidak perlu saya senaraikan, malah ada di pihak kerajaan kini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Jadi berhentilah melabel orang muda yang menyokong politik dan terlibat dalam persatuan belia sebagai macai.


“Hadapi, tangani dan pimpin mereka melalui teladan, nescaya lanksap belia negara kita mampu berubah. Bukan sahaja sebagai pendesak, tetapi contoh teladan kepada yang kebanyakan,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel