Connect with us

Berita Lain

Tun M tidak tolak kemungkinan adakan semula perlumbaan F1

Tun Dr Mahathir Mohamad memandu kereta Ferrari di litar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai simbolik perasmian “Circuit Lights”  malam tadi. – Foto: Projek MM


SEPANG, 2 Ogos — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
tidak menolak kemungkinan perlumbaan Formula One (F1), yang kali terakhir
dihoskan Malaysia tahun lepas, diadakan semula di negara ini.
“Mungkin,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada
pemasangan lampu limpah di sepanjang Litar Antarabangsa Sepang (SIC) boleh
dilihat sebagai petanda perlumbaan berprestij itu akan kembali dianjurkan di
SIC.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau sebelum itu memandu kereta Ferrari di litar sepanjang
5.543 kilometer itu sebagai simbolik perasmian “Circuit Lights” berkenaan di
sini malam tadi.
Dr Mahathir bagaimanapun menarik perhatian bahawa kadar
pencahayaan lampu limpah yang lebih tinggi diperlukan sekiranya SIC mahu
menjalankan perlumbaan pada sebelah malam.
“Kalau untuk F1 pencahayaan kena lebih terang sedikit sebab
kadar pencahayaan sekarang tidak berapa cerah. Ia akan menyukarkan kerja-kerja
penyiaran,” katanya.
Dr Mahathir berkata SIC berpotensi menjadi kota raya sukan
permotoran dan sebagai platform untuk memajukan sukan permotoran di negara ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Sepang boleh menjadi kota raya sukan permotoran di mana
setiap orang yang berminat dalam aktiviti seumpama itu atau kejuruteraan boleh
datang ke sini dan belajar untuk maju dalam bidang ini,” kata beliau.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman berkata terpulang kepada Kabinet untuk menentukan sama ada
perlumbaan F1 akan diadakan semula di Malaysia. — Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel