Connect with us

Berita Lain

Vida: Pulang semula rantai berlian jika palsu

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida hari ini
memohon Juara Gegar Vaganva musim keempat, Aishah memulangkan kembali hadiah
kemenangan berupa seutas rantai berlian yang didakwa palsu.
Sebagai ganti, Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr.
Hasmida Othman berkata, dia akan menukarnya dengan Lavida Coin.
“Aishah mungkin tidak faham hadiah rantai berlian itu
mempunyai nilai susut. Tidak mengapa, pulangkan semula kepada saya,” katanya
ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tambahnya, berlian mempunyai grednya tersendiri dan ada
ketikanya harga permata itu tinggi dan ia juga boleh susut nilai.
Menurut laporan Kosmo Online, Vida berkata, sejak Aishah memuat naik status mengenai
hadiah kemenangan itu dalam akaun sosial Instagram milik penyanyi tersebut, ia
telah memberi reputasi buruk terhadap dirinya sebagai ahli perniagaan.
“Saya dicaci sebagai penipu melalui ruangan komen Instagram
oleh orang ramai dan amat sedih dengan situasi tersebut sedangkan saya sekadar
ingin membantu mereka di dalam industri hiburan.
“Gegar Vaganza diwujudkan atas ilham saya sendiri,  namun apa yang berlaku ini membuatkan saya
tawar hati,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ditanya sama ada beliau sudah tidak mempunyai hasrat untuk
menaja program berkenaan musim hadapan, Vida berkata dia perlukan masa untuk
memberikan keputusan.
Semalam, Aishah, 53, mendedahkan hadiah barangan kemas yang
bernilai RM80,000 tajaan Datuk Seri Vida sebenarnya tidak mempunyai nilai.
Penyanyi lagu Janji Manismu itu turut memberitahu dia berasa
terkilan apabila sehingga kini masih belum menerima lot tanah yang dijanjikan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel