Connect with us

Berita Lain

Warga Bangladesh dihukum penjara satu bulan, denda RM17,500


Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 48 tahun dijatuhi
hukuman penjara selama satu bulan dan denda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah
Sesyen di sini hari ini.
Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu selepas
tertuduh, Muhamad Imran mengaku salah atas pertuduhan memberi rasuah kepada
anggota Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 4 Ogos
lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memberi rasuah
wang tunai sebanyak RM3,500 kepada Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP
Negeri Sembilan, Mohd. Tarmizi Jusoh @ Tajudin di Pasar Mini GNR di alamat
C-G-10-CS, Jalan Pancaindera, College Height Garden Resort, Mantin pada pukul 4
petang, lapor Kosmo Online.
Ia sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang
keatas premis perniagaan milik isterinya iaitu warga tempatan, Rogayah Abdullah
kerana tidak mempunyai lesen menjual barangan berkawal berjadual yang merupakan
kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 (Akta Kawalan
Bekalan 1961).
Menurut sumber SPRM, barang kawalan yang dijual dipremis itu
tanpa lesen seperti minyak masak, tepung dan tong gas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Warga Bangladesh itu dituduh di bawah Seksyen 24 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan
atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.
Muhamad Imran yang tidak diwakili peguam membayar denda
sebanyak RM17,500 itu.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd.
Khairi Abdul Karim dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurdiyanah Mohd. Nawawi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel