Connect with us

Berita Lain

Ahli Parlimen Kapar dakwa Isa Samad berkonspirasi untuk jatuhkan Anwar

Abdullah Sani – Foto Berita Harian

KLANG: Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid
mendakwa penyertaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon bebas dalam
pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson adalah konspirasi untuk menjatuhkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa, konspirasi ini dilakukan oleh “mereka” yang
berada dalam Pakatan Harapan (PH) dan “pemain yang sama” pada 1998.
“Saya melihat perkara ini sudah menampakkan realitinya
apabila berlaku pertembungan beberapa penjuru yang melibatkan calon bebas.
“Walaupun pada peringkat awal Umno memboikot proses
pemilihan ini, tetapi yang dilihat keadaan pada hari ini menjurus kepada
persoalan mengapa Isa Samad mahu bertanding? Dan kenapa pula dia nak
bertanding? Atas sifat sebagai apa?,” katanya kepada FMT hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian mengulas tindakan bekas menteri
besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mengumumkan akan
bertanding pada PRK Port Dickson 13 Oktober ini sebagai calon bebas, semalam.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan
bertanding di PRK Port Dickson.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pengerusi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan
itu dicapai selepas perbincangan antara Umno, MCA dan MIC.
Mengulas lanjut, Abdullah turut menegaskan PKR tidak boleh
mengizinkan “sahabat-sahabat” dalam PH cuba mensabotaj atau melakukan
konspirasi berkenaan.
“Kita tak boleh mengizinkan ada kalangan sahabat-sahabat
kita yang cuba mensabotaj atau melakukan konspirasi untuk menidakkan konsensus
ini.
“Ingat, konsensus ini dibuat atas sebab rakyat memberi
mandat. Rakyat memberi mandat disebabkan kepercayaan kepada konsensus itu dan
konsensus itu tidak boleh dikhianati,” katanya merujuk Anwar sebagai calon
perdana menteri ke-8.
Ditanya adakah “pemain yang sama” yang dimaksudkannya itu
ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berkata: “Mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung serta saya akui bicara itu tidak
serupa dengan kenyataan yang berlaku dalam gelanggang yang ada.
“Yang saya lihat kesungguhan mereka ini untuk menjatuhkan
Anwar nampak ketaraannya,” katanya yang enggan mendedahkan identiti individu
tersebut.
Rancangan PAS tak berhasil
Mengulas mengenai tindakan PAS meletakkan bekas pegawai
tentera udara, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon mereka,
Abdullah berkata ia adalah untuk memecahkan undi kepada Anwar.
“Mengapa nak letakkan leftenan kolonel di situ, sedangkan orang
tak kenal? kelihatannya ini untuk mensabotaj undi tentera beri kepada leftenan
kolonel ini. Kalau nak tengok rancangan yang mereka lakukan ini, InsyaAllah tak
berhasil.
“Yang pertama sekali anggota tentera ini mesti memikirkan
masa depan mereka (seperti) siapa yang boleh mengangkat agenda reformasi mereka
setelah bersara, keduanya siapa nak memberikan kepentingan kebajikan kepada
anggota yang bersara ini, apakah sistem pada hari ini cukup bahawa tentera ini
dijaga hak mereka,” katanya. – Free Malaysia Today


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel