Connect with us

Berita Lain

Anwar sebagai TPM peluang untuk betulkan kesilapan 1998, kata Rais Yatim

 Anwar Ibrahim(kiri) bersama Dr Mahathir Mohamad


Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri
akan memberi peluang kedua untuk memperbetulkan keadaan dengan bekas seteru
politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut candangan yang disuarakan di Twitter dua
hari lalu, Rais berkata gandingan Mahathir-Anwar sebagai “sangat
bagus” dan “sangat menyerlah”.
“Lebih baik gandingan ini dihidupkan semula…Hal-hal
yang berlaku sebelum 1998 boleh disusun (dan dibetulkan) balik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Janji-janji yang dibuat sebelum ini dapat diserahkan
(dijayakan) kepada rakyat. Pada saya gandingan Mahathir dan Anwar sangat bagus
dan sangat menyerlah.
“Apa yang berlaku pada masa lalu boleh dipercantikkan
dan diperelokkan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran
autobiografi Allahyarham Kassim Ahmad bertajuk 
Autobiografi Seorang Pemberontak di Universiti Malaya hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rais mengulang kembali gesaannya agar isteri Anwar, Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri
untuk memberi laluan kepada Anwar.
“Lebih kena kalau Anwar jadi timbalan (perdana menteri)
dan Wan Azizah memilih (jalan) yang terhormat jika ada penyusunan
(kabinet),” katanya yang kini menganggotai BERSATU.
Ketika kali pertama Mahathir sebagai perdana menteri, Rais
berkhidmat sebagai menteri luar.
Anwar dilihat sebagai protege Mahathir ketika mula menceburi
politik, namun hubungan kedua-duanya mengeruh dan beliau dipecat daripada
kerajaan dan Umno pada 1998.
Peristiwa itu melahirkan gerakan Reformasi selepas Anwar
mendakwa Mahathir menjatuhkannya menerusi pendakwaan liwat dan salah guna kuasa
yang bermotifkan politik.
Menjelang PRU ke-14, kedua-dua musuh ketat itu berdamai dan
BERSATU – parti yang diasaskan Mahathir – menyertai HARAPAN.
Mahathir dijadikan calon perdana menteri dengan persefahaman
akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, namun tiada tempoh muktamad yang
ditetapkan untuk peralihan itu. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel