Connect with us

Berita Lain

Berpakaian seperti tentera, PATRIOT kecam perbarisan anggota PAS

Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menggesa Kementerian
Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan berhubung
pakaian perbarisan yang terdiri daripada Jabatan Amal yang disifatkan
menyerupai pakaian tentera.
“Menyaksikan Hadi membuat pemeriksaan perbarisan yang
memakai pakaian yang sangat menyerupai seragam dan medal tentera nombor satu
menimbulkan rasa terkejut dan tidak percaya di kalangan pesara tentera.
“Seksyen 140 Kanun Keseksaan (Akta 574) menyatakan
bahawa adalah satu kesalahan bagi sesiapa yang bukan anggota tentera memakai
pakaian, atau membawa sebarang tanda penghargaan yang menyerupai pakaian atau
medal tentera,” kata Presiden PATRIOT Datuk Mohamed Arshad Raji.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Arshad berkata demikian sebagai merujuk program perasmian
Muktamar PAS ke-64 yang dirasmikan Hadi di Kuala Terengganu, semalam.
“Sebelum perkara ini menjadi tidak terkawan, PATRIOT
menggesa Kementerian Pertahanan dan KDN mengambil tindakan yang
sewajarnya,” katanya.
Arshad menjelaskan bahawa seragam tentera Malaysia nombor
satu biasanya dipakai oleh tentera pada majlis rasmi atau program penting.
“Pemeriksaan perbarisan di dalam tentera dan polis,
yang diadakan dengan pakaian rasmi (tentera), biasanya untuk penghormatan kepada
golongan istana, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertahanan
dan panglima.
“Ini merupakan perkara serius dan tidak seharusnya
digunakan oleh mana-mana organisasi yang dianggap menghina tradisi
tentera,” katanya.
Arshad turut menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia
perlu menjaga tradisi ketenteraan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Seragam tentera perlu dijaga daripada disalahgunakan
oleh pihak lain yang tidak layak memakainya. Dalam kejadian pemeriksaan
perbarisan anggota PAS yang memakai pakaian seperti seragam tentera nombor
satu, PATRIOT berharap panglima tentera atau ketua pegawai menjadi yang terawal
menegur perkara ini.
“Maruah, integriti dan tradisi tentera dan polis perlu
diangkat. Ini masa yang tepat bagi menghentikan pihak yang bukan tentera atau
organisasi bukan tentera memakai seragam tentera atau yang kelihatan seperti
seragam tentera,” katanya. – Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel