Connect with us

Berita Lain

BERSATU sedia buka pintu buat mana-mana pemimpin pembangkang


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sentiasa
mengamalkan ‘pintu terbuka’ kepada mana-mana ahli atau pemimpin parti
pembangkang termasuk Umno sekiranya mereka berminat menyertai parti itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata
pihaknya tiada masalah dan mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai
BERSATU asalkan mematuhi syarat yang telah ditetapkan.
Katanya, sekarang ini sudah sampai masanya untuk mengukuhkan
parti dan salah satu usaha BERSATU ialah dengan menambahkan ahli sehingga di
peringkat cawangan dan juga bahagian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita tiada masalah sekiranya terdapat pemimpin peringkat
lawan berhasrat untuk menjadi ahli kepada Bersatu, ianya terbuka kepada sesiapa
sahaja asalkan dia adalah Bumiputera.
“Kita akui selepas PRU14 ini penambahan ahli yang agak
ketara dan kita harapkan akan terus ada penambahan,” katanya yang juga Timbalan
Menteri Wilayah kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Seminar
Technoleap-ICE Edisi IBS di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading, hari
ini.
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Bahagian
Pembangunan Usahawan Mara, Ismail Abdullah dan Pengarah KKTM Sri Gading,
Shabudin Said.
Shahruddin, yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, turut
mengharapkan kepada ahli BERSATU untuk hadir pada sambutan ulang tahun Bersatu
kedua yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu ini.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, kemuncak sambutan ulang tahun berkenaan adalah
amanat daripada Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad, ucapan Presiden Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan ucapan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Dijangkakan seramai 2,000 perwakilan akan hadir bersama
10,000 ahli, disamping kita juga mengalu-alukan kehadiran daripada orang ramai,”
kata beliau.
“Mungkin yang disampaikan oleh Tun (Pengerusi) adalah
perkara yang berkaitan Pasca PRU14 setelah Pakatan Harapan menerajui tampuk
pimpinan negara,” katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel