Connect with us

Berita Lain

Bos SPRM, pegawai selesai temui Daim

Foto: Malay Mail

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai
mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) Tun Daim
Zainuddin di pejabatnya di Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shukri Abdull yang mengetuai
beberapa orang pegawai bertemu Daim selama kira-kira 45 minit, dipercayai untuk
membincangkan berhubung transaksi tanah meragukan di ibu negara yang didakwa
berlaku ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, pihak media yang berkampung di hadapan
bangunan Menara Ilham sejak pukul 9 pagi, gagal mendapatkan kenyataan SPRM,
malah kelibat Daim juga tidak kelihatan.
Terdahulu, tiga kenderaan SPRM tiba pada pukul 10.40 pagi
sebelum dilihat meninggalkan perkarangan menara berkenaan pada pukul 11.25
pagi.
Sementara itu, Mohd Shukri ketika dihubungi Bernama enggan
mengulas lanjut mengenai pertemuan itu.
“Tanyalah Tun Daim,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam, Daim dilaporkan media akan bertemu SPRM susulan
siasatan pihak beliau mendapati sekurang-kurangnya terdapat transaksi 91 lot
tanah yang meragukan.
Daim dilaporkan berkata transaksi tanah meragukan di ibu
negara itu dikatakan berkait rapat dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta tanah bagi projek Bandar Malaysia.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel