Connect with us

Berita Lain

Gandingan Anwar, Azmin terbaik untuk PKR, kata Zuraida


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan anggota
parti di negeri ini supaya memilih pemimpin yang mempunyai rekod pencapaian
baik bagi meneruskan kelangsungan perjuangan mereka.
Mengambil Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
sebagai contoh, Zuraida berkata pemimpin itu mempunyai rekod pencapaian yang
baik kerana memegang jawatan sebagai timbalan presiden parti sehingga empat
penggal selain menjadi menteri besar Selangor selama empat tahun.
“Kita kena buat kerja gunakan kematangan kita pada
pemilihan parti kali ini kerana ia penting.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau kita tidak matang memilih kepimpinan pada pemilihan
parti kali ini, maka pengurusan parti akan terjejas.
“Kita kena pilih satu pasukan yang bersatu padu, yang
boleh buat kerja sebagai satu pasukan kerana kalau tidak, setiap keputusan kita
akan berpecah, apabila berpecah mana mungkin kita hendak menggerakkan agenda,
hala tuju dan aktiviti parti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan
Malam Bersama Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, di Butterworth malam tadi.

Zuraida yang juga calon bagi naib presiden berkata gandingan
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin adalah yang terbaik dalam usaha
menstabil, mengukuh dan memantapkan parti bagi tempoh tiga tahun akan datang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Inilah yang kita hendak agar PKR terus disegani kawan,
parti DAP, Amanah (Parti Amanah Negara) dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu
Malaysia) serta digeruni BN-Umno.
“Inilah pemimpin kita nak, dan yang terbaik bantu Anwar
melaksanakan agenda reformasi adalah Datuk Seri Azmin Ali… sudah tentu lebih
sempurna lagi pasukan Anwar dan Azmin dilengkapkan dengan Zuraida Kamaruddin
calon nombor tiga bagi naib presiden PKR bersama barisan exco lain,”
katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel