Connect with us

Berita Lain

Imej pelik menyerupai kanak-kanak dirakam dalam telefon bimbit

Imej pelik menyerupai kanak-kanak (dalam bulatan) dirakam di
lokasi kemalangan maut di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua
Musang, Kelantan, semalam. – Foto Kosmo!

GUA MUSANG – Seorang Pegawai Operasi Balai Bomba dan
Penyelamat Gua Musang di sini, tidak menyangka gambar yang diambilnya ketika
berada di lokasi kemalangan maut di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai
di sini, semalam mempunyai imej menyerupai seorang kanak-kanak.
Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Awang Mamat berkata, imej
itu dirakamkan kira-kira pukul 5.01 petang semalam ketika anggotanya
menjalankan operasi mengeluarkan mangsa kemalangan maut yang tersepit di dalam
kenderaan jenis Proton Wira itu.
Menurutnya, semasa berada di lokasi kejadian kemalangan, dia
langsung tidak menyedari kehadiran kanak-kanak di lokasi kejadian itu apabila
merakamkan gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebaik sampai di balai, saya terus membuat laporan
kemalangan dan memilih gambar kemalangan untuk dihantar kepada Ibu Pejabat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dan pihak media.
“Namun saya mendapati imej mencurigakan berada dalam
kereta yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan pemandunya maut selepas
bertembung dengan sebuah pikap jenis Toyota Hilux,” katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Menurut laporan Kosmo! lagi, Awang berkata, sepanjang bertugas sebagai anggota bomba
kira-kira 20 tahun lalu, dia tidak pernah berdepan dengan kejadian itu.
Katanya, kawasan kemalangan yang terletak berhampiran Gua
Sejuk itu sememangnya kerap berlaku kemalangan maut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Laluan itu dianggap kawasan keras kerana tidak jauh
daripada kawasan itu sering berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.
“Baru-baru ini, tidak jauh daripada lokasi itu telah
berlaku kemalangan bas ekspres dengan sebuah Proton Persona yang meragut nyawa
seorang wanita. Beberapa tahun lalu juga, berlaku kemalangan sehingga meragut
nyawa enam beranak,” katanya.
Dalam kejadian kemalangan petang semalam, seorang pekerja
balak, Mohd. Salimi Mohd. Razali, 34, berasal dari Rancangan Tanah Felda Chiku
1 di sini, maut apabila kereta Proton Wira dipandunya bertembung sebuah pikap.
Mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala
Krai dipercayai gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan
kenderaan Toyota Hilux dari arah bertentangan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel