Connect with us

Berita Lain

Kanak-kanak lelaki maut digilis kereta bapa sendiri


KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun
maut selepas digilis kereta bapanya sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah
restoran di Wakaf Che Yeh, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, mangsa, Muhammad
Rayyan Rizqi Mohd. Fakhrul Zaman bersama ibu dan bapanya baharu selesai makan
di restoran berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Kosmo!, difahamkan, lelaki berusia 38 tahun membawa masuk anaknya
itu terlebih dahulu ke dalam kereta jenis Proton Iris dengan isterinya masih
berada di luar kereta.
Sumber berkata, lelaki itu meletakkan mangsa di kerusi
penumpang hadapan dan kanak-kanak itu bersandar di pintu sebelah kiri.
“Sebaik sahaja isterinya membuka pintu kereta sebelah
penumpang untuk masuk, kanak-kanak itu terjatuh ke luar kereta.
“Lelaki itu yang cuba menyelamatkan anaknya kemudian
telah tertekan pedal minyak sehingga kereta mengundur dan kemudian menggilis
mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata, kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan
parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa
ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Tambahnya, Proton Iris berkenaan turut bergesel dengan
sebuah Proton Persona yang diletakkan di sebelah kiri dan kes disiasat mengikut
Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel