Connect with us

Berita Lain

Kerajaan sekarang guna taktik ‘kejap-kejap terkejut’

Noraini Ahmad ketika menyampaikan ucapan dasar pada
Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra
pada Sabtu. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Wanita Umno memberi sindiran terhadap kerajaan
berhubung taktik ‘kejap-kejap terkejut’ dan alasan klise ‘akan dikaji’ atau
‘sedang dikaji’ yang seringkali digunakan Pakatan Harapan (PH).
Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ia bukanlah cara
untuk mentadbir kerajaan.
Katanya, sebelum pilihan raya, PH berjanji untuk melakukan
pelbagai perkara, tetapi selepas mendapat kuasa dan jawatan, mereka memberikan
pelbagai alasan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kononnya hendak hapus cukai barang dan perkhidmatan
(GST) yang membebankan rakyat, tetapi kini rakyat terpaksa pula menanggung
cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN), dulu ada orang berdegar-degar mengatakan sangat bersimpati dengan
penerima PTPTN, tetapi sesudah mendapat kuasa dan kedudukan, mereka kata;
‘Tiada tanggungjawab moral kalau peminjam tak bayar PTPTN’,” katanya
ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno, di sini,
Sabtu.
Noraini berkata, walaupun manifesto 10 janji 100 hari
bukanlah kitab suci, tetapi setiap janji perlu ditepati.
“Sebagai pembangkang berwibawa, kita wajib mendesak
Kerajaan PH memikul tanggungjawab serta akauntabiliti terhadap setiap tindakan
mereka,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya kerajaan hari
ini berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu dan tidak menjadi pemerintah yang
‘flip-flop’.
“Kalau pandai mentadbir, secupak pun akan menjadi
segantang.
“Kalau tak pandai mentadbir, bagi semula pada BN,”
katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel