Connect with us

Berita Lain

Kes 1MDB: Polis rakam keterangan Arul Kanda


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul
Kanda Kandasamy telah hadir memberi keterangan kepada polis berhubung skandal
kewangan 1MDB, semalam.
Perkara itu disahkan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial
(JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
“Ya. Betul, semalam beliau (Arul) telah hadir untuk beri
keterangan,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, portal berita Malaysiakini melaporkan, Arul
Kanda, 41, menghabiskan masa selama hampir empat jam disiasat pegawai JSJK.
Menurut portal tersebut, Arul mengadakan beberapa ceramah
mengenai 1MDB dan polis menyemak fakta yang telah disebutkan dalam ucapannya
semasa siri jelajahnya untuk menjelaskan mengenai 1MDB sebelum PRU14. Malah,
dikatakan kemungkinan besar Arul akan didakwa atas jenayah pecah amanah dalam
masa terdekat dan ia bergantung kepada perkembangan siasatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada Jun, media melaporkan Arul dipecat daripada jawatannya,
dua hari sebelum kontrak sebenarnya tamat pada 30 Jun.
24 Mei lalu, Arul menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
tidak adil terhadapnya apabila mengeluarkan kenyataan umum yang didakwa memberi
gambaran tidak tepat dengan situasi sebenar berhubung isu 1MDB.
Arul Kanda, menafikan kenyataan Guan Eng dan menyifatkan
kenyataan itu sebagai serangan yang berpotensi memfitnah serta bersifat
peribadi terhadap beliau.
Kemudian, pada 31 Julai, Dewan Rakyat dikejutkan dengan
pendedahan ganjaran gaji diterima Arul bernilai RM5 juta.
Guan Eng berkata, nilaian gaji berkenaan adalah dalam tempoh
enam bulan mulai Januari hingga Jun lalu, bagaimanapun Arul hanya dibayar
setakat RM2.5 juta dan bakinya sepatutnya dijelaskan selepas 30 Jun 2018. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel