Connect with us

Berita Lain

Lelaki maut dalam kereta

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di bahagian pemandu
keretanya hari ini. – Foto Kosmo

SUBANG JAYA – Seorang lelaki ditemui maut di dalam kereta
dalam satu kejadian di Kilometer 35.2 di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari Shah
Alam menghala ke Subang hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6 petang itu, mangsa,
Rusli Mahmud, 58, ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Proton
Persona berwarna hitam, lapor Kosmo!.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan
Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, bomba menerima
panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut pada pukul 6.12 petang dan
seramai 16 anggota beserta sebuah jentera dan kenderaan Unit Kecemasan
Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ketika tiba di tempat kejadian didapati pintu kereta
tersebut berkunci dan anggota bomba bertindak mengumpil pintu bagi membuka
cermin kereta itu.
“Anggota ERMS kemudiannya memberikan rawatan awal bantuan
kecemasan pernafasan (CPR) sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan
perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM),” katanya ketika
dihubungi Kosmo! hari ini.
Tambah Syed Shahril, pihaknya difahamkan bahawa mangsa telah
mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada dan pergi ke klinik sebelum
kejadian.
“Ketika pasukan bomba datang, kereta mangsa berada di lorong
kanan lebuh raya itu dan gear keretanya dalam mod ‘D’.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke PPUM untuk dibedah siasat
dan urusan seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” ujarnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel