Connect with us

Berita Lain

Malaysia mahu rundingan semula harga air mentah

Dr Xavier Jayakumar – Foto Berita Harian

ALOR SETAR – Malaysia mahu meneruskan usaha rundingan dengan
Singapura berhubung kajian semula harga air mentah yang dijual negara ini
susulan kadar itu disifatkan tidak lagi munasabah.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar
berkata, adalah tidak wajar sekiranya 
Singapura masih mengekalkan kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen air
yang dibeli ketika ini, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, pihaknya bercadang untuk adakan rundingan
bersama wakil Singapura untuk mengkaji semula harga jualan pada pertemuan
antara kedua-dua kerajaan dalam masa terdekat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya setuju dengan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, yang mahu kaji semula harga air ini, kerana harga tiga sen setiap
1,000 gelen air yang dibeli Singapura daripada kita, tidak lagi munasabah,”
katanya, pada sidang media, selepas hadir taklimat berkaitan Rancangan Tebatan
Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di pejabat JPS Kedah.
Xavier berkata, beliau bersedia berunding dengan wakil
kerajaan Singapura sekiranya diberikan peluang adakan pertemuan.
“Kita perlu duduk bincang bersama, dan pilih masa yang
sesuai untuk adakan pertemuan antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Jika
Singapura enggan bincang isu ini, saya ingat itu tindakan tidak betul, perlu
ada rundingan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bulan lalu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
berkata, perjanjian air antara negara itu dan Malaysia tidak boleh disentuh dan
perlu diteruskan mengikut terma ditetapkan selama ini.
Terdahulu, Dr Mahathir turut menyatakan hasrat Malaysia
menyemak semula Perjanjian Air 1962 dan melihat kemungkinan menaikkan harga air
mentah dibekalkan kepada Singapura.
Menurut perjanjian yang tempohnya berakhir pada 2061,
Malaysia perlu membekalkan kepada Singapura sejumlah 250 juta gelen air mentah
sehari pada harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripada air
yang sudah dirawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel