Connect with us

Berita Lain

Najib, Jho Low dipanggil PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Parlimen menyenaraikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak
sebagai antara 18 saksi berpotensi dipanggil berkenaan siasatan semula syarikat
pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, pengumuman itu hadir
selepas jawatankuasa itu terseut mengumumkan untuk memanggil Najib yang juga
bekas menteri kewangan berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion 17 Oktober ini.
Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata selain
Najib, ahli perniagaan Low Taek Jho yang pernah bertugas sebagai Penasihat Khas
Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ia ditukar kepada 1MDB juga
berpotensi dipanggil.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kedua-dua mereka sebelum ini tidak dipanggil PAC oleh
PAC Parlimen ke-13. Keterangan daripada mereka (Najib dan Jho Low) amat penting
dalam membantu jawatankuasa ini melengkapkan siasatan secara komprehensif,”
katanya.
Ronald berkata semua ahli PAC Parlimen bersetuju menetapkan
29 Oktober ini sebagai prosiding pertama siasatan semula 1MDB dan akan
memanggil bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bagi memberikan
keterangan di hadapan PAC Parlimen.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Penetapan tarikh itu diputuskan selepas anggota PAC parlimen
mengadakan satu perbincangan khas mengenai siasatan semula syarikat 1MDB pada
25 September lepas, kata Ronald.
Beliau berkata Ambrin adalah Ketua Audit Negara ketika
Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat 1MDB dan beliau telah
membentangkan laporannya pada Mac tahun 2016 kepada PAC Parlimen penggal ke-13.
Ronald berkata PAC pada 9 Oktober ini akan turut mendapatkan
taklimat khusus daripada firma audit Pricewaterhouse Coopers (PwC) yang
dilantik Kementerian Kewangan sebagai perunding 1MDB.
“Taklimat daripada PwC ini amat penting kepada PAC
PArlimen dalam memastikan jawatankuasa ini mengetahui status terkini syarikat
1MDB terutama sekali berkaitan kedudukan kewangannya,” katanya.
Katanya, PAC Parlimen menggariskan 10 terma rujukan (terms
of reference -TOF) yang akan digunakan sebagai rujukan jawatankuasa sepanjang
prosiding syarikat 1MDB berlangsung termasuk menggunakan dua laporan Jabatan
Keadilan Amerika Syarikat yang diterbitkan 2016 dan 2017.
“Selain menetapkan terma rujukan baharu untuk prosiding
1MDB, prosiding pertama siasatan semula syarikat 1MDB ini adalah sesuai dengan
usul yang diluluskan Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 Ogos lepas.
PAC Parlimen telah bersidang serta mendapat taklimat
daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad pada 30 Ogos dan 4
September lepas berhubung Laporan Pengauditan syarikat 1MDB, katanya.
Pada 19 Julai lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri
Noor Rashid Ibrahim berkata Najib telah dipanggil oleh polis untuk memberi
keterangan berkaitan siasatan kes 1MDB.
Pada Rabu, Ronald berkata selain Najib, PAC akan memanggil
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri
Dr Irwan Serigar Abdullah Oktober ini untuk menjelaskan mengenai prosiding
tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4
bilion.
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan akan dipanggil pada
17 Oktober depan manakala Guan Eng pula akan dipanggil pada 22 Oktober
sementara Irwan Serigar pula akan dipanggil pada 16 Oktober depan. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel