Connect with us

Berita Lain

Najib selesai bayar wang jamin RM3.5 juta

Foto Utusan Online

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang
menghadapi 25 pertuduhan jenayah telah selesai membayar wang jaminan berjumlah
RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.
Hasil semakan di kaunter jamin di Kompleks Mahkamah Jalan
Dutapada jam 9 pagi, mendapati Najib, 65, telah selesai membayar wang jaminan
itu.
Salah seorang peguam yang mewakili Najib, Muhammad Farhan
Muhammad Shafee ketika dihubungi berkata Najib selesai membayar wang jaminan
itu pada hari Rabu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ditanya mengenai dari mana wang itu diperoleh, Muhammad
Farhan berkata ianya adalah daripada baki tabung derma yang dibuka Julai lepas.
“Wang itu juga diperoleh dari pinjaman kawan-kawan dan
daripada akaun Affin Bank Datuk Seri Najib sendiri yang diguna untuk gaji
beliau dan pencen daripada perkhidmatan tahun-tahun dalam kerajaan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 20 Sept lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana
1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan
21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan Najib
dibebaskan dengan wang jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin sementara kesnya
selesai dan menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes.
Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib untuk membayar jaminan itu secara
ansuran iaitu RM1 juta dibayar pada 21 Sept (Jumaat) dan RM500,000 setiap hari
sebelum atau pada 28 Sept.
Pada 21 Sept lepas Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan
telah membayar jaminan RM1 juta iaitu sebahagian daripada jumlah jaminan
RM3.5juta itu.
Bayaran jamin itu dibuat anak lelaki Najib iaitu Mohammed
Nizar dan seorang individu bernama Mohd Shahrir Arifin selaku penjamin.
Najib pada 4 Julai lepas didakwa atas tiga pertuduhan pecah
amanah dan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC
International Sdn Bhd dan pada 8 Ogos lepas, dia mengaku tidak bersalah atas
tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang sama dan dibebaskan dengan
ikat jamin RM1 juta dan kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Okt.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel