Connect with us

Berita Lain

Pemuda tuntut ganti rugi lepas kemalangan akibat logo Bersatu dapat perhatian PM



Kes seorang penghantar makanan terbabit kemalangan di Bulatan Kayangan di Shah Alam selepas motosikal yang ditunggang tergelincir ketika melalui jalan dipenuhi puluhan kipas plastik tertera logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad Azezul Mohd Omar, 18 yang juga seorang penuntut universiti, mendakwa kejadian berlaku Sabtu lepas kira-kira 6 petang ketika dia dalam perjalanan menghantar makanan untuk seorang pelanggan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika sampai di tempat kejadian, saya dapati banyak kipas plastik parti Bersatu berwarna merah bertimbun di tengah-tengah jalan yang menyebabkan tayar motosikal saya tergelincir lalu terseret di Bulatan Kayangan.
“Justeru saya minta ganti rugi sepatutnya daripada pihak berkaitan untuk membaiki motosikal saya yang rosak serta telefon bimbit saya yang retak dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohamad Azezul yang bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan dan mengalami kecederaan di kaki kiri akibat kemalangan sebelum itu memuat naik dalam akaun Twitternya @Vzezul bahawa motosikal yang ditungganginya tergelicir ketika melalui jalan yang bertaburan dengan kipas plastik tertera perkataan Ulang Tahun Kedua Bersatu.
“Tadi saya kemalangan dekat bulatan Kayangan Shah Alam sebab benda ni. Mohon retweet sampai Tun M nampak. Aku nak claim (tuntut) motor aku,” katanya menerusi akaun Twitternya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hantaran itu dibalas akaun Twitter rasmi milik Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu meminta laman rasmi parti melihat perkara tersebut dan menghubungi lelaki berkenaan.
“Dear @PPBMofficial, please look into this matter and contact this gentleman.Thank you (Kepada @PPBMofficial, tolong lihat perkara ini dan hubungi lelaki tersebut.Terima kasih,” katanya membalas status @Vzezul sebelum itu. Mohamad Azezul berterima kasih atas keprihatinan perdana menteri berhubung perkara itu. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel