Connect with us

Berita Lain

PM: Tiada rancangan bangunkan loji nuklear di Malaysia


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak ada rancangan untuk
membangunkan kuasa nuklear bagi menjana elektrik di Malaysia berikutan
risiko-risiko yang berkaitan dengannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata walaupun kos pengeluaran tenaga menerusi
kuasa nuklear adalah jauh lebih murah, namun kita masih kurang pengetahuan
untuk mengendalikannya, terutamanya cara yang paling selamat untuk melupuskan
sisa nuklear.
“Saya bantah kuasa nuklear kerana kita ada pengalaman
buruk dengan bahan yang menghasilkan radiasi di negara ini,” katanya pada
Persidangan Industri Bekalan Kuasa Elektrik (CEPSI) 2018, di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahathir juga memberi contoh tragedi nuklear yang membawa
bencana pada 1986, di Chernobyl, yang dianggap sebagai kemalangan loji kuasa
nuklear paling buruk dalam sejarah dari segi kos dan mengorbankan banyak nyawa.
Menurutnya, semasa tempoh beliau menjadi perdana menteri
keempat, negara berdepan dengan isu amang, bahan penghasil radiasi yang asalnya
digunakan sebagai bahan dalam pengeluaran televisyen warna.
Sebagai resolusinya, bahan itu dikambus di kawasan meliputi
satu kilometer persegi, yang menyebabkan kehilangan kawasan bagi pembangunan
masa depan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Apa yang kita pelajari daripada ini adalah sisa
buangan daripada bahan radiasi bukan mudah untuk dilupuskan,” katanya.
Mahathir berkata prinsip yang sama terpakai bagi loji
nuklear apabila tiba di peringkat untuk melupuskan sisa bahan nuklear.
“Walaupun sains semakin bertambah maju dalam bidang
elektrik tetapi sains tidak dapat menangani sisa bahan nuklear selepas ia tidak
lagi menjadi sumber kuasa. 
“Ia mungkin lebih murah untuk menjana kuasa daripada
bahan nuklear tetapi kita tidak akan melakukannya kerana kita tidak pasti kita
boleh melupuskan sisanya,” katanya.
Beliau berkata kemalangan nuklear yang membawa bencana
disebabkan kegagalan loji kuasa nuklear di Jepun dan Ukraine adalah contoh
risiko-risiko berkaitan dengan penjanaan kuasa nuklear. 
“Saya percaya yang kita masih belum cukup arif tentang
bahan nuklear untuk menggunakannya sama ada ketika aman atau dalam
peperangan,” katanya.
Mahathir berkata negara akan terus menggunakan sumber fosil
seperti bahan api dan arang batu serta hidro untuk menjana elektrik.
“Kita ada banyak arang batu di Malaysia tetapi setakat
ini kita masih belum menggunakan sepenuhnya arang batu di Malaysia,”
katanya sambil menambah kawasan-kawasan yang berpotensi antara lainnya
termasuklah Selangor, Sabah dan Sarawak.
“Rasanya kita akan dapat membekalkan elektrik yang
mencukupi ke negara ini bagi tempoh jangka panjang,” katanya.
Sementara itu, mengenai kenderaan elektrik (EV), beliau
berkata masih lama lagi untuk EV menggantikan enjin pembakaran dalaman (ICE)
sebagai teknologi kereta utama disebabkan kekangan kos.
“Bateri menelan kos yang tinggi dan harga kereta akan
menjadi dua kali ganda sekiranya ada mahu menggunakan kereta elektrik
berbanding ICE.
“Kita akan menggunakan enjin pembakaran dalaman untuk
tempoh yang lama lagi,” katanya. 
Persidangan enam hari itu yang bermula semalam, menarik
lebih 2,000 peserta dari 30 negara untuk berkongsi idea dan pandangan berkenaan
isu-isu semasa yang memberi kesan kepada industri bekalan kuasa. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel