Connect with us

Berita Lain

‘Saya terus dilupakan sekelip mata’ – Najib

KUALA LUMPUR: Selepas BN tewas dalam PRU14 lalu, bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan apa yang terbuku di hati
sambil menjelaskan ia tidak pernah terlintas difikirannya sejak menerajui
kerajaan dan Umno.
Bekas Presiden Umno itu berkata, apa yang diluahkannya itu
datangnya dari nurani yang tidak terhijab dan tidak mungkin dapat diselami
serta difahami ramai.
Katanya, dalam tempoh hampir lima bulan BN tewas, beliau
menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya merupakan dugaan Allah SWT yang
paling besar dan rakan-rakan yang berjuang bersamanya sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berikut merupakan luahan ‘Sekeping hati dan jiwa besar yang
tidak bersimfoni lagi’ Najib di Facebooknya.
“Atas nama Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Penyayang. Dan
Dialah Sang Pencipta Yang Mengetahui akan gerak-geri serta rahsia setiap detik
kejadian di dunia ini. Ucapan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
suri tauladan menjadi ikutan ummah sepanjang zaman.
Sebetulnya saya berasa terpanggil untuk mencoret serba
sedikit curahan hati sebagai lumrah seorang diri ini yang juga insan biasa.
Sememangnya lagi, untuk menulis sebegini, berbeza dengan penulisan saya sebelum
sebelum ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Apabila bersangkut hal perasaan hati sebagai seorang Insani
dan hamba ALLAH sebagai mana saudara-saudara jua, saya menjadi tidak tahu dari
mana hendak memulakan coretan ini kerana apa yang saya luahkan ini datangnya
dari nurani yang tidak terhijab
Paling pentingnya, lukisan rasa hati yang saya sampaikan
ini, adalah apa yang terbuku dari lelubuk jiwa dan hati yang paling dalam,
kerana tempoh lima bulan yang lepas adalah satu episod yang tiada pernah
terlintas difikiran dan terbayang dek mata akan terjadinya seperti ini.
Bak kata pepatah lama, seperti geroda yang datang menyerang,
segalanya menjadi kucar kacir dan tidak keruan hala. Ternyata inilah dugaan
ALLAH SWT yang paling besar diuji ke atas saya dan rakan-rakan yang berjuang
Bersama-sama sebelum ini.
Namun sebagai seorang Islam, saya tetap menerima semua ini
sebagai takdir Allah SWT yang mengatasi segala-galanya. Jelasnya setiap sesuatu
itu ada dalam genggaman rahsia Tuhan yang Maha Mengetahui. Pastinya seperti
dalam firman Allah SWT, setiap kesusahan itu teriring bersamanya kebaikan yang
Allah SWT tetapkan.
Jika ingin diringkaskan, andai selama berbulan bulan ini
saya lebih banyak menulis dan mengungkap hal-hal negara, rasa kepiluan menjelma
tanpa diundang-undang apabila tibanya Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang telah
sekian lama berdarah dan bersebati dengan saya sejak awal usia 20-an pabila
muka berkecimpung dalam dunia politk tanah air.
Meskipun apa yang saya coretkan ini bukanlah bersifat
nostalgia atau keluh-keluhan, akan tetapi, hakikat tetap hakikat kerana apa
yang saya lalui tidak mungkin dapat diselami dan difahami oleh ramai.


Advertisement


Merujuk kepada PAU ke-72 yang sedang berlangsung kini,
sebagai seorang bekas pimpinan negara dan seorang bekas Perdana Menteri serta
khususnya mantan Presiden Umno ke-6, adalah amat berbohong jika tidak ada
secalit perasaan terluka dan terguris di hati kecil ini.
Justeru, sesekali saya merenung, sepanjang lebih empat dekad
saya terlibat di dalam politik tanah air sehingga menduduki jawatan Perdana
Menteri selama hampir satu dekad, juga dalam konteks PAU ini, sebagai seorang
bekas Presiden Umno. Segala perjalanan dan pengalaman lebih 40 tahun berasa
seperti baru hari kelmarin.
Benarlah, seperti yang dipesan oleh Allahyarham Ayahanda
saya dahulu, tiada bakti lebih mulia daripada berkhidmat kepada rakyat dan
balasan baik atas pengabdian kepada rakyat itu tidak selalunya terbalas di
dunia ini. Yang penting setiapnya sudah saya perbuat sehabis baik cumanya kini
bak diterlupakan sekelip mata.
Maka kata-kata yang saya nukilkan disini bukan lah satu
bentuk kekecewaan atau putus asa. Jauh sekali dari maksud itu. Namun, sebagai
seorang Insani, saya tidak dapat lari dari kekangan kelemahan yang wujud di
sana sini sepanjang tempoh pemerintahan saya. Pokoknya, sebagai manusia biasa
itu adalah lumrah.
Saya berani bersumpah atas nama Allah Yang Maha Kaya, Maha
Berkuasa bahawa, sepanjang tempoh yang dikurniakan Allah semasa berkesempatan
menjadi pucuk pimpinan negara, saya bersyukur atas rahmat yang dikurniakan itu
untuk mencurahkan yang terbaik kepada rakyat, ketahuilah, sejujurnya tiap satu
apa yang saya usahakan siang dan malam bekerja begitu keras adalah demi kasih
saya kepada rakyat dan telah saya cuba dengan terbaik…
Dan ramai pasti yang tidak dapat menafikan segala usaha yang
dilakukan itu telahpun membuah dan menampakkan hasilnya bagi dinikmati dan
dikecapi rakyat sekarang ini. Jelasnya, bak kata Buya Hamka Ulama Tersohor
Nusantara … “Inilah dia putaran hidup, yang tidak selalunya sentiasa manis bahkan
pertengahan antara pahit dan manis.’’ Alangkah benar kata-kata itu. Maka itu,
saya akur dan redha dengan ketetapan Allah SWT.
Atas falsafah hakiki kehidupan tersebut dan resmi jatuh
bangun manusia, apa yang saya ingin sebutkan secara langsung dari benak sanu
bari saya, perasaan manusiawi dan jiwa insani ini berasa hancur luluh bagai
kaca terhempas di batu dek kerana pabila berlakunya episod malang ini,
seolah-olah segala jasa bakti yang telah saya hulurkan selama ini demi rakyat
dan negara tercinta bagai mudahnya terpadam dan sirna bak ombak yang melanda
menghilangkan tulisan-tulisan di pasir pantai.
Atas segalanya, saya redha dan cuba terus memperkuatkan diri
untuk menerima dugaan Allah SWT ini yang saya anggap paling besar pernah saya
hadapi. Apapun saya yakin, Allah itu pasti menghitung setiap amal, walau
sebesar zarah sekalipun. Janji Allah itu pasti.
Berbalik kepada PAU kali ini, yang dikhabarkan berselubung
kesuraman serta kehadiran yang tidak seperti dulu-dulu, kemeriahan juga tidak
bersenandung lagi. Barangkali inilah waktu untuk bukan sahaja diri saya akan
tetapi pada semua untuk membuat satu Muhasabah dan Pengislahan tuntas di dalam
usia Umno yang memasuki tujuh dekad.
Dek kerana itu, saya tetap berasa bangga di dalam kekangan
keadaan dan situasi semasa para perwakilan Umno nyatanya tidak luntur semangat
perjuangan… Itulah petandanya parti Umno ini parti berkaromah bukanlah
secalang-calang parti tapi ditubuhkan atas dasar yang murni dan diberkahi. Hal
mustahak ini, perlu difahami oleh semua orang Umno.
Akhir kata, saya menyeru kita jangan sesekali berputus asa
terhadap parti yang berdaulat ini, parti yang telah sekian lama berjasa kepada
orang Melayu dan ketertinggian syiar Islam, serta terus memuliakan Raja-Raja
Melayu, tertinta dalam dakwat emas sejarah bahawa parti inilah bukan yang lain.
ALLAH pasti akan terus memberi petunjuk dan hidayahNya terhadap semua ini.
Terutamanya kepada lapisan kepimpinan muda, perjuangan
menjunjung Islam dan maruah bangsa wajib diteruskan sehingga tetesan darah yang
terakhir. Beringatlah selalu bahawa Inilah semulia-mulia jihad dalam erti kata
sebenar. Sesungguhnya, andalah semua Penyambung Lidah Umat Melayu dan Islam.
…Nan Dititik Nan Dieja
…Nan Ditelek Nan Ditimang
…UMNO Selamanya Tetap Bersemi Dijiwa
…Nan Sedikit Tidak Dilupa
…Nan Sebaris Takan Hilang
Kepada ALLAH SWT kita berserah dan kepadaNya jualah kita
memohon pertolongan.
Hidup Umno! Hidup Umno! Hidup Umno! Kepada semua Perwakilan
diucap selamat bersidang.” – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel