Connect with us

Berita Lain

Siasatan RM 2.6 b: Dari SPRM, Najib dibawa ke pejabat CCID


PUTRAJAYA, 20 Sept 
Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat
meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini
kira-kira 8.55 pagi hari ini.
Najib ditahan SPRM pada 4.13 petang semalam di ibu pejabat
SPRM di sini berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkaitan kemasukan
wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.
 
Beliau bakal menghadapi pertuduhan di mahkamah di Kuala
Lumpur pada 3 petang hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kenderaan jenis Alphard Hitam yang membawa Najib diiringi
dua kereta peronda dan dua motosikal polis 
dikatakan menuju ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
(JSJK) di Menara 238, Jalan Tun Razak.
Kelibat Najib bagaimanapun tidak dapat dirakamkan kerana
kenderaan berkenaan bercermin gelap.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Petugas media yang menunggu di perkarangan ibu pejabat SPRM
sejak 6 pagi hanya dapat merakamkan pergerakan keluar kenderaan yang membawa
perdana menteri keenam itu.
Sebelum ke mahkamah, SPRM dalam satu kenyataan berkata
pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi merakamkan
percakapan Najib bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada
Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Najib sebelum ini telah didakwa di mahkamah atas tujuh
pertuduhan.
Pada 4 Julai lepas, beliau mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan
satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC
International Sdn Bhd.
Pada 8 Ogos pula, bekas perdana menteri itu didakwa di
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42
juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam
dua akaun miliknya, empat tahun lepas. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel