Connect with us

Berita Lain

Tukar segera beg udara atau disenarai hitam


PUTRAJAYA – Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang
terlibat dengan penukaran beg udara, Takata, digesa untuk berbuat demikian atau
bakal berhadapan dengan tindakan senarai hitam.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata,
kerajaan telah meminta syarikat kenderaan terbabit  untuk menghantar surat peringatan akhir
kepada pemilik kenderaan dalam tempoh dua minggu.
“Jika mereka masih tidak menghiraukan surat peringatan
tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghantar notis untuk
dipanggil memberi penjelasan dan bakal berdepan dengan tindakan senarai
hitam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Loke berkata sebanyak 408,551 pucuk surat peringatan telah
dihantar kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dengan menelan belanja
hampir RM1 juta sejak  26 Jun lalu.
“Namun setakat ini hanya 70,853 bilangan kenderaan atau
kira-kira 17 peratus telah dihantar ke bengkel syarikat pengeluar dan selesai
urusan penukaran beg udara,”katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagi pengeluar kenderaan lain termasuk BMW, Mitsubishi,
Nissan dan Toyota yang masih gagal mendapatkan stok beg udara yang mencukupi,
Loke berkata pihaknya memberi tempoh sehingga dua bulan untuk berbuat demikian.
“Mereka mengemukakan alasan seperti masalah
pengangkutan termasuk masalah untuk mendapatkan stok dari Jepun, namun mereka
menjangkakan kesemua stok akan sampai menjelang akhir November ini,”
katanya.
Mengenai perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride, Loke
menegaskan bahawa kerajaan memutuskan 
untuk tidak membenarkan perniagaan tersebut dijalankan di negara dan
akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang
menjalankan perkhidmatan berkenaan.
“Kita telah membuat keputusan di Parlimen, Dego Ride
tidak akan dibenarkan atas faktor keselamatan memandangkan kes kemalangan yang
tinggi membabitkan motosikal,” katanya. – Bernama


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel