Connect with us

Berita Lain

Akaun hasil disatukan naik 7 kali ganda dalam 4 bulan


Kerajaan Pakatan Harapan membuktikan kecekapan pengurusan
kewangan apabila berjaya meningkatkan sebanyak tujuh kali ganda dalam Akaun
Hasil Disatukan iaitu RM3.25 bilion dalam tempoh hanya empat bulan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan berjaya
meningkatkan jumlah daripada RM450 juta pada 30 April 2018 yang ditinggalkan
kerajaan Barisan Nasional kepada RM3.70 bilion pada 31 Ogos 2018.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hasil untuk tempoh empat bulan, iaitu Mei-Ogos 2018 meningkat
sebanyak RM1.70 bilion daripada RM71.88 bilion kepada RM73.58 bilion.
“Manakala perbelanjaan pengurusan bagi tempoh Mei-Ogos 2018
telah susut sebanyak RM12.96 bilion daripada RM83.29 billion kepada RM70.33
bilion.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Lebihan dalam baki akaun semasa berjumlah RM3.25 bilion
telah membantu Kerajaan Persekutuan mencatatkan baki Akaun Hasil Disatukan
sebanyak RM3.70 bilion pada 31 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata peningkatan itu menjelaskan cara kerajaan
Pakatan Harapan mendapatkan dana yang memadai untuk memastikan pentadbiran
kerajaan Persekutuan berjalan lancar termasuk membayar gaji dan pencen bulanan
sebanyak RM8 bilion.
“Kerajaan mahu membuktikan yang sebuah kerajaan bersih bukan
sahaja dapat membebaskan Malaysia yang dikenali sebagai sebuah kleptokrasi
global tetapi juga membantu kita dapatkan sumber kewangan yang baharu,”
katanya.
Lim menegaskan bahawa baki Akaun Hasil Disatukan sehingga
April 2018 adalah sebanyak RM450 juta yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.
Sebelum ini, Lim mendakwa penyusutan sebanyak 96 peratus
atau RM11.41 bilion di dalam Akaun Hasil Disatukan untuk tempoh bermula 31
Disember 2017 sehingga 30 April lalu disebabkan perbelanjaan boros kerajaan
Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14. 
– Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel