Connect with us

Berita Lain

Bersih tegah, Anwar berkeras ke jamuan malam

Anwar Ibrahim – Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan
Raya Kecil Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menghadiri
jamuan malam percuma di Lukut, Port Dickson meskipun kumpulan Bersih menggesa
acara itu ditangguhkan.
Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, berkata komuniti di sana
mahukan jamuan malam itu diadakan dan seperti calon yang lain, beliau boleh
menghadiri mana-mana jamuan malam.
“Komuniti berkenaan mahu memberi jamuan malam, maksud saya
calon lain juga menghadiri jamuan malam, kenapa saya tidak boleh?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak fikir akan tangguhkannya (hadir jamuan malam
itu),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas pada Persidangan
Malaysia: Pelabur-pelabur baru yang awal di sini hari ini.
Media hari ini melaporkan bahawa Bersih menggesa Anwar agar
menangguhkan kehadiran pada acara jamuan malam itu untuk kira-kira 3,000-4,000
orang di Lukut, sehingga selepas pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson pada
13 Oktober.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Acara itu dijadualkan Khamis malam.
Pilihan Raya Kecil Port Dickson menyaksikan saingan tujuh
penjuru antara Anwar dan calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima
calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul
Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas
pensyarah Lau Seck Yan, personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong dan
pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya
Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lepas bagi membolehkan Anwar
yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR bertanding dan
kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada
Sabtu ini dan hari ini undi awal.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar
yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22
peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).
Sementara itu semasa ucapan khas beliau pada persidangan
itu, Anwar berkata Malaysia tidak boleh menggerakkan pertumbuhan ekonomi tanpa
melibatkan Pelaburan Terus Asing.
Beliau berkata, setiap dasar pelaburan perlu inklusif, jelas
dan telus.
“Tetapi ini tidak bermaksud kita mengabaikan rayuan mereka
yang miskin dan terbiar,” katanya.
Persidangan itu dihos oleh kerajaan Malaysia dan dianjur
bersama oleh tiga kumpulan bank terkemuka Malaysia iaitu — Malayan Banking Bhd,
CIMB Group Holdings Bhd dan RHB Banking Group.
Persidangan sehari itu membincangkan secara meluas mengenai
ekonomi, sosial dan keanjalan serta 
kemampanan politik Malaysia. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel