Connect with us

Berita Lain

Cadangan Pak Nil diberi respon baik oleh MAS


Malaysia Airlines (MAS) memberi respons positif terhadap
cadangan pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi untuk memberi kemudahan kepada
warga emas sewaktu beratur bagi mendaftar masuk bagasi di kaunter di lapangan
terbang.
Menerusi respons tersebut, syarikat penerbangan nasional itu
menyambut baik cadangan Aznil dan berusaha untuk mempertingkatkan mutu layanan
mereka terhadap pelanggan, lapor Kosmo Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami sangat kesal dengan pengalaman kurang enak anda.
“Sehubungan dengan itu, kami akan cuba menyampaikan cadangan
anda kepada pihak yang berkenaan bagi menaik taraf servis kami pada masa akan
datang,” ujar respons berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Baru-baru ini, menerusi kemas kini di Instagram, Aznil
melahirkan rasa kesal kerana beliau tidak dapat membantu seorang warga emas
yang perlu berdiri dalam barisan yang panjang bagi mendaftar masuk bagasinya di
kaunter ekonomi.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Aznil yang berada di kaunter
daftar masuk perniagaan dan kelas pertama cuba untuk meminta kebenaran pihak
MAS bagi memberi laluan ekspres kepada warga emas berkenaan.
Namun, mungkin disebabkan peraturan, Aznil berkata,
permintaan beliau tidak diizinkan.
Justeru, Aznil mengesyorkan MAS supaya membuka sebuah laluan
khas di kaunter pendaftaran masuk untuk warga emas, wanita mengandung dan
golongan kelainan upaya.
Sementara itu, Aznil membalas respons MAS dengan ucapan
terima kasih dan memuji syarikat penerbangan tersebut kerana sudi menerima
teguran dan sentiasa positif.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel