Connect with us

Berita Lain

Dapat Datuk lebih semangat tabur khidmat dan bakti, kata Rina

Datuk Seri Rina Mohd Harun – Foto TMI

PUTRAJAYA — Terpulang pada individu untuk menerima
pencalonan darjah, bintang dan pingat kebesaran, kata Menteri Pembangunan Luar
Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Rina, yang merupakan seorang daripada lima menteri Kabinet
yang menerima darjah kebesaran negeri Melaka bergelar “Datuk Seri” minggu lepas
berkata, penanugerahan itu akan meningkatkan semangatnya untuk terus menabur
khidmat dan bakti kepada masyarakat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Boleh beri pandangan dan pendapat. Agaknya kalau yang komen
itu diberikan pangkat dia akan terima atau tolak?” katanya secara berseloroh
kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rina dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang
membawa gelaran “Datuk Seri”  bersempena
sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob
minggu lepas.
Gelaran Datuk Seri yang diterima oleh barisan Kabinet baharu
itu dipertikai segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan bakti mereka
yang baharu lima bulan memegang jawatan selepas Pakatan Harapan memenangi
Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kelmarin menegur sikap
pemimpin parti itu yang menerima darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka yang
membawa gelaran Datuk, sebelum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada
rakyat.
Empat pemimpin DAP yang menerima gelaran Datuk ialah
Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fat; Menteri Belia dan Sukan Sabah,
Frankie Poon Ming Fung; Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew dan Timbalan Speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Wong Fort Pin. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel