Connect with us

Berita Lain

‘Kerajaan bayar RM1.688b faedah 1MDB tahun ini’ – Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menunjukkan jadual pembayaran
kadar faedah 1MDB semasa hadir pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis
Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. – Foto Bernama

Kerajaan membayar sejumlah RM1.688 bilion untuk faedah
hutang skandal 1MDB pada tahun ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah itu termasuk
dua lagi pembayaran yang akan dibuat bulan depan, iaitu RM217.51 juta untuk bon
Projek Loji Tenaga Kuala Langat 1MDB dan RM143.75 juta bagi sukuk Islamik nota
jangka sederhana (IMTN), lapor Sinar Harian hari ini.
“Hari ini, kita bayar RM208.8 juta untuk faedah Projek
Loji Tenaga Kuala Langat 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini bukanlah satu jumlah yang kecil. Kita akan terus
buat pembayaran seperti mana yang ‘dikontrakkan’ kerajaan lama,” katanya
kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng turut mempersoalkan manfaat
daripada pembayaran hutang skandal berkenaan.
“Soalan akan ditanya apa yang kita dapat? Kita lihat
keseluruhan skandal ini, sebanyak RM50 bilion. Soalan yang akan timbul ialah
apa yang rakyat Malaysia dapat?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Yang kita dapat hanya dikenali di seluruh dunia
sebagai jaguh kleptorasi dunia. Ia adalah suatu skandal yang mencederakan
Malaysia bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga dari aspek imej dan
reputasi,” katanya.
Justeru, beliau berkata, kerajaan akan terus mengambil
langkah-langkah fiskal untuk menangani masalah pembayaran hutang 1MDB.
“Kita akan terus memenuhi komitmen supaya Malaysia tak
akan berada dalam status ‘default’ (tidak membayar hutang) kerana kesannya
sekiranya Malaysia dalam status itu, ini akan menjejaskan penarafan (kredit)
negara dari agensi penarafan,” katanya.
Sebelum ini, Guan Eng berkata, kerajaan akan memenuhi
obligasi membayar hutang 1MDB berjumlah RM211.3 juta, yang bertarikh akhir 18
Oktober.
Beliau berkata, langkah kerajaan untuk membayar secara
segera dan tanpa mengingkari obligasi hutang itu akan mengekalkan penarafan
kredit antarabangsa Malaysia.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel