Connect with us

Berita Lain

Mahkamah arah suspek kes langgar lari dilepas dari tahanan reman

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan suspek
utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom
Malaysia Bhd ™ Unifi di Cyberjaya pada minggu lepas, dilepaskan daripada
tahanan reman serta-merta.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman turut memerintahkan dua rakan
suspek yang turut direman, dilepaskan sebelum pukul 5 petang ini.
Mahkamah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan
permohonan semakan yang dikemukakan suspek warga Libya berusia 23 tahun
tersebut serta dua rakannya warga Yemen, 22, dan Libya, 20, yang direman selama
lima hari bermula Selasa lepas (23 Okt).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kesemua suspek direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh.
Sebelum ini, mereka direman mengikut Seksyen 41 Akta
Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata mahkamah mendapati
permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan tidak menunjukkan bahawa suspek dilepaskan daripada tahanan reman
terdahulu (di bawah Seksyen 41 APJ) dan ditangkap semula.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini menjadikan permohonan reman itu sambungan kepada reman
terdahulu yang menyalahi Seksyen 117 (2) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), ditambah
lagi majistret tidak beri apa-apa sebab berkenaan penahanan (reman di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan).
“Dengan ini mahkamah menyemak perintah yang dibuat oleh
Mahkamah Majistret Sepang dan ketiga-tiga suspek dilepaskan serta-merta sebelum
pukul 5 petang ini,” katanya.
Terdahulu, peguam Dinesh Muthal berhujah pihaknya percaya
majistret terkhilaf ketika mengeluarkan perintah reman selama lima hari bagi
siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut beliau, peruntukan di bawah Seksyen 117 KPJ tidak
membenarkan pihak polis untuk menangkap semula suspek di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan menggunakan fakta-fakta yang sama ketika permohonan reman di
bawah Seksyen 41 APJ.
“Saya tidak cakap anak guam saya tidak bersalah tetapi
prosedur undang-undang telah disalahgunakan,” katanya.
Selain Dinesh, ketiga-tiga suspek turut diwakili peguam
Luqman Mazlan, Mohd Redhuan Mohamed Yusoff, Jeremy Vinesh, Mehnagha Luckhmana
dan Nur Siti Fairuz Roslan sementara Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen
Zulkifli hadir bagi pihak responden.
Dalam kes langgar lari pada 17 Okt itu, yang video kejadian
tersebut tular, mangsa Penolong Pengurus GTM Event Sales, Wan Amirah Wan Alias,
31, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan
lanjut.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel