Connect with us

Berita Lain

Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi. – Foto Kosmo!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak tiba di Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.38 pagi bagi menjalani
prosiding pengurusan kes untuk tiga pertuduhan melakukan pecah amanah di sini
hari ini.
Ahli Parlimen Pekan yang memakai sut lengkap berwarna biru
gelap itu tiba dengan menaiki Proton Perdana dan diiringi beberapa motosikal
Polis Diraja Malaysia (PDRM), lapor Kosmo!.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebaik tiba, Najib, 65, sempat bersalaman dengan beberapa
penyokongnya termasuk Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati serta
Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam  yang tiba seawal 7 pagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan prosiding sebutan
semula kes membabitkan tujuh pertuduhan berkaitan menerima wang hasil daripada
aktiviti haram, pecah amanah dan salah guna jawatan di hadapan Hakim Mohd.
Nazlan Mohd Ghazali.
Bekas Perdana Menteri sebelum ini, mengaku tidak bersalah
terhadap tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram
membabitkan dana RM42 juta berkenaan SRC International Sdn Bhd.
Beliau juga membuat pengakuan sama terhadap tiga pertuduhan
pindaan berkaitan kesalahan pecah amanah dan satu pertuduhan pindaan kes salah
guna jawatan untuk kepentingan peribadi membabitkan dana dan syarikat sama.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel