Connect with us

Berita Lain

PAS Kelantan mahu pertahan hak istimewa orang Melayu


KOTA BARU ― PAS Kelantan kekal dengan pendirian
mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam
Perlembagaan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah.
Mohd Amar, yang juga Naib Presiden PAS berkata walaupun
kerajaan negeri belum mengadakan sebarang perbincangan rasmi berhubung proses
ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD), namun kekal dengan pendirian mereka memperjuangkan
hak orang Melayu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Secara rasmi kita belum bincang tetapi pendirian kita
selama ini kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara terutama membabitkan
Perkara 152, Perkara 59 dan lain-lain (berkaitan hak-hak istimewa orang
Melayu).
“Jadi ini pendirian kita selama ini. Kita mempertahankan
perkara ini sejak dahulu lagi kerana tanah ini milik orang Melayu. Orang India
ada benua India, orang Cina ada benua China, maka tanah Melayu untuk orang
Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Md Alwi
Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang ingin tahu pendirian kerajaan negeri berhubung
langkah yang diambil kerajaan persekutuan untuk meratifikasi konvensyen
berkenaan.
Sementara itu, Mohd Amar berkata keluasan rizab tanah bagi
orang Melayu di Kelantan berjumlah 1,308,686.97 hektar atau hampir 90 peratus
keluasan negeri ini.
Beliau berkata walaupun kerajaan negeri memberi pemilikan
kepada orang bukan Melayu namun status rizab Melayu masih dikekalkan selain hanya
diberikan secara pajakan selama 33 dan 66 tahun.
Mohd Amar menjawab soalan dikemukakan Hilmi Abdullah
(PAS-Guchil) yang mahu tahu jumlah keluasan sebenar baki tanah rizab Melayu di
Kelantan dan langkah diambil kerajaan negeri untuk mengekalkan keluasan sedia
ada. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel