Connect with us

Berita Lain

Pendapatan Irwan Serigar RM2.94j, dedah menteri


KUALA LUMPUR, 24 Okt 
― Jumlah keseluruhan pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dari Januari 2011 sehingga Jun 2018
adalah sebanyak RM2.94 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah gaji tersebut
diterima ketika Mohd Irwan memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan (Dasar) dari 31 Dis, 2010 dan jawatan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan bermula 24 Ogos 2012 hingga 13 Jun 2018.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha
Perbendaharaan pada 24 Ogos 2012 dan bersara wajib pada 6 Mac 2017. Beliau
seterusnya telah dilantik ke dalam perkhidmatan kontrak mulai 7 Mac 2017
sehingga 6 Mac 2019.
“Bagaimanapun, perkhidmatan beliau telah disingkatkan kepada
13 Jun 2018. Jumlah keseluruhan pendapatan beliau dari Januari 2011 sehingga
Jun 2018 adalah sebanyak RM2.94 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada
Lim Lip Eng (DAP-Kepong) bertarikh 23 Okt 2018.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehingga Jun 2018, Mohd Irwan telah memegang jawatan sebagai
Pengerusi Bukan Eksekutif/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah dalam
23 buah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD),”  katanya.
Antara syarikat MKD yang dianggotai Mohd Irwan adalah
1Malaysia Development Bhd sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif, Bandar Malaysia
Sdn Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif), Khazanah Nasional Bhd (Pengarah), MyHSR
Corp Sdn Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif) 
dan Wakala Global Sukuk Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif). ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel